Daisypath Anniversary tickers

WwooowW

Monday, September 24, 2012

After 3 months without update :)

Assalamualaikum semua...

lama btul ira x update kan?
Last post 21st JUNE. today dah 24th August.
3 months already right.

Sebenarnya sgt busy akhir2 ni.. dgn work load, dengan pindah rumah.. dan mcm2 lg..

Ok. Jom ira citer satu persatu sepanjang ira x update ni.. lepas last update yg ira start clomid 150mg tu, ira dpt ovulasi pada awal julai. masa tu, ada 2 ovum yg keluar. sgt excited. kot2 la nk dpt baby twin kan.. tp nampak nya bulan tu x de rezeki kami..

ira still period on 15th july .
then kita start puasa kan..
bulan puasa tu, ira dh x amik clomid sbb treatment kt hospital selayang dihentikan buat seketika.
so, just mkn metformin and asid folic mcm biasa je..

puasa mcm tahun2 yg lepas, cuma tahun ni kitorg kurang mkn nasi. just mkn protein je..
saje tukar selera.. alhamdulillah byk gak dpt turun bulan puasa aritu.. tp, raya dh naik balik. hehehe.

owh ye.. bulan puasa tu, ira puasa penuh sebulan tau.. tunggu jugak mana cik P ni x dtg2.. tp mls nk pikir sgt.. balik beraya dgn gembira..

Lepas 10 hari cuti raya balik KL dan kerje mcm biasa. masa 1st day kerje tu, on monday balik kerje je hubby suh buat UPT. Kebetulan ada la 1 tester tu kt umah.

then ira pun buat je la.. 

monday, 27th August 2012. 6.30pm

and the result is 

<positif > :)

Alhamdulillah..Masa tu rasa mcm x percaya sgt..
ye la, sepanjang 1thn stgh perkahwinan ni. dah berbelas kali test UPT. x pernah pun naik positif tu..
Hubby lak dok gelak je x brenti..
sgt bersyukur + berdebar..

esok nya terus call hospital selayang untuk maklum kan dan buat appointment.
Diorg suh dtg after 2 weeks test UPT iaitu pada 11 Septermber 2012.

Masa tu pergi dan scan baby dah 6 minggu ++
Heart beat pun dh nampak..

Esok adalah second appointment dgn hospital selayang.. kena scan lg, untuk dptkan EDD. haritu blm boleh nampak sbb baby kecik lg..


**Flash back**

Masa mula2 tahu pregnant tu, agak was2 la sbb x jumpa doktor lg kan, nk tunggu jumpa kt hospital selayang mcm lama sgt. so kitorg gi je la kat klinik panel biasa. then masa tu scan x nampak sgt. ye la, kt klinik biasa doktor pakai scan dr perut je. ira kan retroverted uterus. mmg susah nk nampak. then buat UPT je skali lg untuk tgk. then nampak positif jugak. Alhamdulillah. Double confirm.

Then balik umah and berhati2 dlm nk buat apa2 pun. takut la perkara x diingini berlaku.
on 31 August tu family hubby dtg dari kedah sbb 1 september sepupu hubby nikah kt saujana utama.
Time tu umah kitorg dah x terurus sbb dh packing2 nk pindah on 3 September.  Alhamdulillah, diorg semua paham.
So, on 1 Septembet tu pagi2 kitorg dah siap and pergi Saujana utama untuk tgk majlis pernikahan sepupu hubby tu. Lepas tu lepak2 jap then ke Golf Club area situ untuk diorg nye reception. 
So dlm pukul 3 baru settle semua.
Lepas dh settle tu, kitorg bagi kunci umah kt family my hubby suh diorg balik rehat dulu. then kitorg gi pekan rawang jap untuk cari barang2 nk pindah rumah baru.  Antaranya kabinet dapur, sbb umah tu agak kosong. then gi tesco beli barang2 kelengkapan skit.

masa kt tesco tu ira dh rasa x sedap perut dah.. Rasa sengal2 and ngilu je kt perut belah kiri.
settle beli barang terus ajak hubby balik.. nk baring ..

Setibanya di rumah, ira gi toilet tgk2 ada lendir color pink kt panty liner masa tu.. sgt cuak la kan..
terus bgtau hubby. Hubby suh rehat dulu..
Ira rehat and baring je kt katil, tp risau sgt. terus call ibu bgtau. Ibu terus suh gi klinik or hospital.
takut apa2 jd..

then kitorg siap2 terus gi Klinik Medina kt Gombak tu (1st time). Memandangkan hari tu adalah hari sabtu.
Sampai kt Medina, ramai la pulak org nye, petugas kt situ suh ira rehat kt katil. ira pun baring je la kt situ, hubby setia menunggu.

Kitorg sampai dari pukul 6.30ptg sampai kul 9.30mlm baru dpt jumpa doktor. Nasib baik la klinik ni lengkap dgn katil toilet, surau, katil untuk rehat, tv. kalau x jenuh jugak nk tunggu.

apa2 pun penantian tu berbaloi, masuk jumpa doktor dia terus scan. Kt Medina ni canggih sbb scanner dia 4D. so mmg jelas. Dia kata ira baru 4weeks++. so mmg sgt kecik dan kena hati2 lg.

dia amik darah untuk confirmkan kehamilan. waktu tu hormon HCG dlm 700++
selang 2 hari dia mintak dtg lg dan amik darah lg. Dan HCG ira dah 1200++.

Jd, mengikut ujian darah ira positif hamil.
tp masa tu, heart beat baby blm nampak sbb baru 4weeks kan..

Apa2 pun alhamdulillah, dh x kuar spot pinky kt pantiliner. Alhamdulillah sbb dh nampak heart beat baby masa scan kt hospital and alhamdulillah atas semua yg ALLAH telah kurniakan. 
Sesungguhnya ALLAH tahu apa yg terbaik untuk kita.


Mom-to-be,

Thursday, June 21, 2012

Masih belum berhasil / Retroverted Uterus

Assalamualaikum...
last cycle x berjaya lg nampaknya..
on clomid untuk 150mg pulak.. 3 biji.

and doktor harini lak bgtau yg rahim ira sebernarnya terbalik/ retroverted uterus 
..
mashaALLAH...

xpe.. masih kuat semangat untuk berjuang...
lebih2 lagi baca pasal rakan2 yg mempunyai masalah sama tp berjaya hami. spt http://nakpregnant.blogspot.com/



smapi jumpa lg di lain update ok !



Friday, June 15, 2012

my 3rd HCG injection

Assalamualaikum semua..

Maaf sbb lama x update..
sgt2 bz sbnrnya..
dari bulan april sampai jun, masih blm sempat berehat2 dirumah..
setiap minggu ada saja aktiviti. team building taman negara, balik kg. wedding adik ipar dan mcm2 lg.

ok berbalik pasal cerita TTC ira, seperti yg diberitahu pada entrie lepas, ira berehat dari sebarang rawatan pada bulan 4.
Mmg x de jumpa doktor, no pills and no injection.. Mula2 risau jugak kalau2 period x dtg sbb next appointment jumpa doktor adalah bila kita period kan..
Alhamdulillah, witout pills, cik period dtg jugak pada 16 mei.
then ira terus call hospital selayang untuk buat appoinment.
next day ira pegi sana untuk checkup and amik clomid.
after beberapa hari kena dtg lagi untuk check progress. and lastly on CD13, my ovum dh 29mm.. Paling besar setakat ni. Alhamdulillah.. then terus dpt injection HCG.

Today already CD 31 and Cik P masih belum kelihatan.. Tp tanda2 kedatangan nya dah ada such as, my B bengkak, My nipple sensitif. My lower stomach cramp. Owh cik P. Perlu ke dtg lg... bila nk berehat selama 9 bulan?? aduyaiiiiii..
apa2 pun sama2 la kita tunggu k.



p/s: Cik P please don't come !! 


Wednesday, April 18, 2012

2nd Injection yg tidak berjaya. Berehat sebentar bersama2 kit kat :)

Assalamualaikum...

[diari TTC]
seperti tajuk diatas, my second injection juga tidak berjaya..
tp kali ni x rasa frust sgt sbb x berapa mengharap.
usaha pun kurang..
make love pun 3 hari je dlm minggu subur tu..
me and my b sgt busy minggu tu..
xpe la.. mungkin bkn rezeki kami lg..

Lagipun bulan 11 nnt kitorg ada rancang satu percutian yg agak jauh.. 
tiket pun dh beli..
mungkin ini peluang kami untuk jalan2 lg.. hehehe
kalau dh sarat mana boleh pergi dh kan..

so we decided to stop jap usaha untuk hamil bulan ni.
maybe start balik bulan 5 atau 6 nnt.
no pills, no stress. :)
just releks..

tgk2 time x rushing ni la lekat lak.. byk gak baca blong and forum ckp diorg dpt masa diorg x berusaha.
tp kalau dpt, kami terima je...
:)


that all.

lot of love,

Monday, March 26, 2012

2nd HCG injection.

ASSALAMUALAIKUM....


[diari TTC]

After tidak berjaya dgn suntikan pertama HCG, treatment bulanan diteruskan lg.
Kali ni clomid dh amik 2 bijik sehari 100mg. 
1st day amik clomid masa CD2 /9march.
next appointment CD 9/16 march. ovum=10mm
doctor suh dtg balik hari isnin, CD12/19march. tpoleh kena ira nk balik kg, then mintak tukar appoinment ke hari rabu. CD 14/21 march.
masa kt kg, risau gak kalau x sedar ovum dh besar, sbb last cycle 1biji clomid, ovum besar masa CD 13.
so, masa kt kg, ira x mkn metformin pun..
ternyata berjaya melambatkan proses pembesaran ovum tu.. hehehe..
masa gi chek CD 14 tu baru 11mm je..
then dpt appointment lg on CD 16/23 march. before next appointment tu, ira dh mkn metformin tu ikut jadual balik. 1biji, 3 kali sehari.
then ms checkup CD16 tu, mmg ovum dh ready, dh 20mm pun..
terus dpt my 2nd HCG injection.

so now, 2weeks waiting starting now. 

Wednesday, March 14, 2012

Belum Berjaya

Assalamualaikum...

lama x update.. sbb sgt BZ skrg ni dgn montly report la, ISDN health check, dan mcm2 lg la..
Lupa nk bgtau yg haritu, cik P dh berjaya menunjukkan diri dgn jayanya pada 8Feb2012.
So , x berjaya lg la nampak nya untuk cycle kalini... walaupun dh nampak ada ovum yg matang..

Apa2 pun , usaha dan doa harus diteruskan...
next appoinment dgn doktor this friday. Harap ovum baru dh besar time tu so i can get my HCG injection for second time.

Thats all for today...
x sabar nk balik kg this friday !!!



notakaki: kepada para pembaca, untuk pengetahuan semua, suami ira ada buat bisnes photography.
Jika ada yang berminat untuk mengupah jurugambar untuk event2 tertentu seperti (birthday, wedding,engagement, private party, kenduri, outdoor photoshoot, prewedding, post wedding dan lain2 lagi) bolehla menghubungi kami di 013-2089836 atau emailkan kepada adirapictures@gmail.com
harga boleh dirunding.. sticky album and custome album juga kami boleh produce dgn kualiti yang bagus.
untuk melihat gambar2 yang telah diambil untuk customer terdahulu, boleh pergi ke blog http://adiratouches.blogspot.com/   & like https://www.facebook.com/aDiRaTouches. TQ :)

Sunday, March 4, 2012

Waiting ~~~~

Assalamualaikum...

[diari TTC]

just short update...
since my 1st hcg injection, i'm still waiting for the result...
Harini dh 4mac, tp cik P masih blm datang.. last month she's coming on 4th feb. so today was CD30 already...
last cycle just 24days.
but beberapa hari  lalu dah test UPT, tp still -ve.
adakah perllu tunggu beberapa minggu lg before next test?
or just gi check kt klinik or check up kt hospital selayang mcm biasa.
confius..
aritu last jumpa doktor kt hospital selayang before dia bg injection, dia suh dtg balik once i get pregnant or i'm period.
Tp sekarang masih blm ada keputusan yg pasti..
apa yg pasti sejak 2menjak ni, rasa sgt tidak bermaya, kdg2 senak perut, kdg2 berangin. xlalu mkn, cepat rasa muak.. my NiP_ _L_ sgt sensitif.. Asyik mengeras je, tp my BR_ _ _ _ xsakit pun, lembut je.
and ada beberapa kali muntah, not sure why? terutama waktu petang.


kepada rakan2 TTC yg berpengalaman dgn suntikan HCG, tolong bg komen pleaseee. tQ










notakaki: kepada para pembaca, untuk pengetahuan semua, suami ira ada buat bisnes photography.
Jika ada yang berminat untuk mengupah jurugambar untuk event2 tertentu seperti (birthday, wedding,engagement, private party, kenduri, outdoor photoshoot, prewedding, post wedding dan lain2 lagi) bolehla menghubungi kami di 013-2089836 atau emailkan kepada adirapictures@gmail.com
harga boleh dirunding.. sticky album and custome album juga kami boleh produce dgn kualiti yang bagus.
untuk melihat gambar2 yang telah diambil untuk customer terdahulu, boleh pergi ke blog http://adiratouches.blogspot.com/. TQ :)

Tuesday, February 21, 2012

TTC journal :: My 1st injection ::

Assalamualaikum...
[diari TTC]
  Sebelum lupa, balik ira tulis kt sini siap2 kan..
hurm.. last update sampai mana ek...
Ok, last ira citer pasal cik P yg dtg 4 feb aritu.. tu pun gara2 mkn duphaston je..
Sbb 1st cycle clomid tidak membantu.
Telur/ovum dalam ovari ira tidak membesar.. walaupun ada 2,3 biji tp semunya hanya sebesar 8mm je.
Oleh kerana itu, salah sorg doktor kt hospital selayang tu dah start bg ira pil Metformin. 

Metformin pills

Metformin ni sgt membantu pada sesiapa yg ada PCOS. sbb metformin dpt mengurangkan hormon lelaki yg mengacau dlm badan ira dan menyebabkan pembantutan Ovum.. hehehe. itu doktor bgtau la.. 

Clomid pills

Dan terbukti, lepas period 4februari haritu, ira dh start metformin dan clomid, ovum ira membesar.
Doktor bagi date untuk ira dtg buat transviginal scan. untuk monitor pembesaran telur.
Ira pergi CD10 13feb telur ira dah 12mm.doktor kata good. ada perubahan positif.
Then datang lg, CD13 16feb. telur ira dh 20mm time tu. ALhamdulillah. iru salah satu tindak balas yg positif. Ira diberikan suntikan HCG untuk membebaskan ovum ke rahim.
HCG injection


Dan doktor menasihatkan supaya bersama/make love everyday in this week. supaya kebarangkaliannya berjaya itu lebih tinggi. Apa2 pun rezeki tetap di tangan ALLAH. kita hanya berusaha kan.
Then, after 2 week doktor suruh check UPT jika cik P x dtg.
Tp jika cik P dtg, kita kena cuba lg di cycle 3.
Hari ni adalah hari ke 6 after injection HSG. kena tunggu lg seminggu untuk cek UPT. Sgt x sabar..
Stakat ni ira rasa badan mmg agak lemah.. jumaat sabtu lepas pun ira just baring je kt umah.. x larat giler.. Nak demam pun ada.. maybe kesan injection tu kot.. Apa2 pun usaha mesti di teruskan.. :)
Lately pulak perut ira selalu rasa berdenyut2...Slalu pikir adakah ni tanda2.. tp takut over confidence. So releks2 je walaupun sbnrnya dlm hati dh bunga2.. :)




Yg sentiasa berharap...





notakaki: kepada para pembaca, untuk pengetahuan semua, suami ira ada buat bisnes photography.
Jika ada yang berminat untuk mengupah jurugambar untuk event2 tertentu seperti (birthday, wedding,engagement, private party, kenduri, outdoor photoshoot, prewedding, post wedding dan lain2 lagi) bolehla menghubungi kami di 013-2089836 atau emailkan kepada adirapictures@gmail.com
harga boleh dirunding.. sticky album and custome album juga kami boleh produce dgn kualiti yang bagus.
untuk melihat gambar2 yang telah diambil untuk customer terdahulu, boleh pergi ke blog http://adiratouches.blogspot.com/. TQ :)

110211---> 110212 :: 1st Year Anniversary ::

Assalamualaikum semua..
Lama x update kan.. byk sagt nk citer. Tp, ira start update pasal our 1st Anniversary dulu ek.
story ni dah tertangguh 2minggu. hehehe :)

Alkisahnya, 11februari yg lalu genapla usia perkahwinan kami setahun..
Maka kami pun dok berkira2 la nk celebrate. Last minit planning..
So, we decide untuk tido hotel and mkan2 ngn kawan2..
Ira blanja tido hotel (saje la tukar2 mood :p), my hubby blanja mkn2.. Tmpat ira yg pilih..
Oleh kerana malas nk kuar dari KL, so kitorg stay je dekat Vistana Hotel.
ok la. Not bad at all. Jom View picture ok.

No kamar kami .. ohoooohoi..



purak-purak ajjaaa..

My hubby's wish.

Mr. photographer






































After check in and layan kuch-kuch hota hai kt TV3 time tu.. kebetulan...
Pas Habis kuch-kuch hota hai tu, kami siap2 untuk pergi mkn lak.
Lokasi pilihan kali ni ialah FULL HOUSE Lifesytle Store and Cafe di cawangan Jalan Yap Kwan Seng, KL. Lokasi ini dipilih kerana ira suka decorasi kedai ni. slama ni tgk kt page org je.. ni first time kitorg mkn kt sini. Ok jom View Picture lg.

in front of the Cafe
















Antara yang hadir.. Masa kak linda ngn aidi sampai kitorg dh mkn. x de gambar diorg masa permulaan.
Nuaq and Raja

Yazza and Ikien

Antara Menu yg kami order

All the guys pilih menu ni.. Chicken chop. malas nk pikir katanya..

Ni ikin punye.. burger apa ntah namanya

This is mine... ayam gak. tp dia ada gulung inti. best !

Salmon. Raja punyer.

Tiba2, tgh2 mkn, my hubby kuar. Katanya kak linda dh sampai. alih2 kak linda dh masuk, dia x masuk2 pun lg.. Xlama pas tu, dia masuk, surprise !!!! bg adiah... wahhh terharu sgt.. sbb ira x beli paper pun. sbb kitorg dh bagi, ira blanja tido hotel, dia blanja mkn harini.. ingatkan x de la hadiah dh.. skali ada lg..
tQ b.... ira dpt Kasut sandal dari Dr. Cardin, bear and coklat. best sgt !!

Muka cover terkejut +terharu... nasib x nanges.. malu :)

Lepas mkn main dish, kitorg order pencuci mulut lak..



Brownies..  nyumnyum..

Lepas perut dah kenyang, sesi bergambar lak sekitar cafe yg  cantek ini.. kekeke

Us.. kt tangga nak gi up stairs. Kat atas ada jual pakaian, topi,, glases, mcm2 la.
konon nk pose mcm gambar kt dinding tu.. tp, ira x pejam mata. hehehe.

Blakon lg.. hehehe

Ruang atas cafe ni...


Ok. tu je la gambar2 kitorg pada hari ulangtahun perkahwinan kami yg pertama.


To MY B---> 

Happy 1st Anniversary Cyg.. 
You are truly blessing from ALLAH. Thank your for being my partner, spouse, lover, and best friend.
No one else in this world would understand me the way you do. Time flies when we are having fun, and its been blast being your wife cyg.. Hope our love will everlasting forever.

regards,

your blissful  wife :)










notakaki: kepada para pembaca, untuk pengetahuan semua, suami ira ada buat bisnes photography.
Jika ada yang berminat untuk mengupah jurugambar untuk event2 tertentu seperti (birthday, wedding,engagement, private party, kenduri, outdoor photoshoot, prewedding, post wedding dan lain2 lagi) bolehla menghubungi kami di 013-2089836 atau emailkan kepada adirapictures@gmail.com
harga boleh dirunding.. sticky album and custome album juga kami boleh produce dgn kualiti yang bagus.
untuk melihat gambar2 yang telah diambil untuk customer terdahulu, boleh pergi ke blog http://adiratouches.blogspot.com/. TQ :)



Wednesday, February 8, 2012

TTC update and Weekend at melaka

Assalamualaikum semua..
[diari TTC]

Nampaknya, bulan ni, cik P mmg dah x sabar nk jumpa ngn ira.
kalau bulan lepas 12January baru dia dtg (tu pun lepas 2 bln x dtg), bulan ni 4 february lg dia dh muncul...
amboiiii2.. bkn main lg ye..
tp x pe, ira tetap happy. rezeki baby blm ada lg.. 

cuti 4 hari, 2 hari kt melaka, 2 hari kt KL.
kami ke melaka sbtu pg sbb B dah janji ngn nuaq (kawan kami since diploma) untuk gi wedding cousin dia untuk jadi side kick photographer.
Tp sebelum ke rumah pengantin, B dah buat janji temu dengan Kak Linda. 
kami jumpa kak linda kt R n R seremban. Kak linda saje je nk gi jenjalan melaka dengan anak dan cousin nya.
then after lepak jap minum2, kami gerak gi melaka.
parking kt datahan pahlawan then jalan kaki...


kami minum cendol and mkn goreng pisang kt depan bangunan merah yg ada menara jam tu. x tau apa nama dia. hehehehe
tp mmg best !!

kt seberang jalan belah kanan ira tu la kedai cendolnya.. ramai org minum2 kt situ.

then kami jalan2 lg, terus ke jonker walk... kat sini mmg rama Chinese la kan.. majoriti rasanya..
saje je la kami jalan2.. xde rasa nk beli apa2 pun..

then lepas dh penat, kami terus ke rumah pengantin. kak linda cari hotel untuk menginap.

Di rumah family pengantin, kami sempat mendgr org kg baca yassin, marhaban pada mlm hari nya. kemudian ada jamuan mkn mlm pula.. semua nya SEDAP...

esoknya, kenduri sambut menantu [kenduri umah pengantin lelaki] . sementara menunggu my b buat kerje part time dia tu, ira lepak2 je kt dlm umah pengantin.. ada air cond.. hehehe. kat luar panas..

pukul 6 kami ke bandar hilir melaka lak.. ada outdoor photoshoot. mmg sgt penat, tp best..

lepas settle semua kerje, kami terus shoot balik KL.
mula2 mmg plan nk tido sana je, cari hotel ke.. tp pikir mcm x berbaloi je, dh la ira tgh bendera merah :p  terus x jd.

sampai rumah dalam pukul 12 mlm.. 

sgt penat smpai tido 2 hari x bgn.. hehehe.. tipu la tu kan.. bgn, tp x kuar gi mana pun. lepak umah je, layan movie, tv dan novel. ahhhh heaven nye x kerje kan...


hari ni dh strat keje.. nangisss T__________T



notakaki: kepada para pembaca, untuk pengetahuan semua, suami ira ada buat bisnes photography.
Jika ada yang berminat untuk mengupah jurugambar untuk event2 tertentu seperti (birthday, wedding,engagement, private party, kenduri, outdoor photoshoot, prewedding, post wedding dan lain2 lagi) bolehla menghubungi kami di 013-2089836 atau emailkan kepada adirapictures@gmail.com
harga boleh dirunding.. sticky album and custome album juga kami boleh produce dgn kualiti yang bagus.
untuk melihat gambar2 yang telah diambil untuk customer terdahulu, boleh pergi ke blog http://adiratouches.blogspot.com/. TQ :)

Tuesday, January 31, 2012

PCOS Syndrome

Assalamualaikum.. 

[Diari TTC]

Dah lama ira x update pasal usaha untuk hamil kan.
Untuk pengetahuan semua, ira masih belum hamil dan masih giat berusaha untuk hamil.
dalam bulan Januari ini sahaja ira dh ulang alik ke Klinik O&G Hospital Selayang lebih dari 5 kali.
Ira on clomid 1st cycle. Sbb tu kena ulang alik ke klinik untuk check pembesaran ovum. 
Harini CD20. skali lagi ira ke klinik O&G. Tp sedihnya ovum x cukup besar lg. 
Dan doktor nampak ada gejala PCOS (Polycystic ovary syndrome).  :(
Sedih .. TP kena kuat dan teruskan usaha.
Doktor bg ubat Metformin untuk seminggu. 8Februari kena dtg lg. 

**Kawan2 kalau ada nk tanya, just leave a comment or email me ok**


YA ALLAH, Kuatkan lah hati hambaMu ini agar terus tabah mengharungi ujian ini.


Monday, January 30, 2012

LOoooooooooooooooooONG UPDATE ~~~~ ayah~

Assalamualaikum..

Lama dh x update..Bkn x de modal nak citer..
Byk sgt nk citer, tp xde masa nk citer..Sgt busy..
Harini rasanya ira dh boleh citekan apa yg berlaku kebelakangan ini..

13Januari 2012 (jumaat)-

Dapat msg dr B yang parent dia OTW dari baling ke KL.
Awal 1hari dari plan asal. Sbb aayah dah rasa x sedap didada dia. rasa senak.
Untuk pengetahuan semua, ayah kena operation bypass jantung dia pada 18Januari2012. Tarikh yang diberi oleh IJN lepas 1st time admitted pada bulan november dulu.
X sempat prepare apa2 sbb dah pegi kerje.
Balik kerje awal skit dari biasa, kemas umah skit, sediakan tempat tido diorg, dan sedikit mkn mlm.
Alhamdulillah, diorg selamat smpai dlm pukul 8mlm.
Mak ayah datang dengan abg fuzi (abg my B), isteri dan seorg ank mereka (fatini).

14Januari (Sabtu)-

Plan harini sbnrnya pagi my B ada sesi photoshoot ngn client kat Taman Layang2 kepong.
Memandangkan mak ayah dah smpai, tanya diorg nk stay rumah ke nk follow pegi taman layang2.
Akhirnya lepas breakfast, kitorg ke taman layang2 beramai2..
Masa sesi photoshoot tu berlangsung, my b ngn client dia je la. kami, lepak kt port playground. bawa Fatini ( anak abg fuzi and kak fina) main kat playground. Ayah jalan2 keliling tman, dia rasa segar skit harini.
dh lepas penat2 beriadah tu kami lepak2 kt pankir sementara tunggu Mr.Photographer a.k.a my B settlekan kerje dia..  : )
Tiba2 abg fuzi ckp, dh lama x gi Melaka kan.. alang2 smpai KL, jom la kita gi melaka.
sementara ayah belum operation lg. Dah operate nnt kena pantang pulak. Then lepas Mr photographer siap kerje, kami balik umah and siap2 untuk ke Melaka.
Sblm tu, my b call homestay kat sana, untuk booking rumah untuk 1 mlm.
Lepas mkn tghhari dirumah, kami pun bergerak ke melaka dgn konvoi 2 biji kete.
Tiba di Melaka dlm pukul 5.30ptg. terus check in homestay kt bukit katil  yg dah kami boking tu.
Alhamdulillah, rumah tu sgt selesa. nmpak mcm rumah baru siap. mungkin kami guest pertama.
Rumah dia ada 3 bilik. 2 bilik air. 2 bilik ada air-cond dan 1 bilik ada kipas.
Semua bilik katil queen. Ruang tamu and dapur lengkap. Siap ada water heater kt 1 bilik mandi. harga homestay ni RM 180.
Lepas berehat dan mandi manda. kami kuar jalan2 ke banda melaka. niat mmg nk naik river cruise, sbb aritu masa dtg x leh nk naik, ramai sgt org.
Before naik river cruise, kami mkn mlm dulu..(hum.. gambar akan diupdate kemudian).
Lepas naik river cruise, jalan2 then mak ayah dah penat, so kami balik homestay untuk berehat.

15Januari (Ahad)-

Bgn pagi2 bersiap, breakfast roti canai then kami kuar dari homestay tu. mak ajak gi lepak2 kat PD. then dari melaka kami ke PD pulak. smpai kt PD dlm pukul 11pg. B sewa 1 kanopi untuk kami rehat2 tepi pantai. satu kanopi RM20. kami lepak2 kt situ smpai kul 3 ptg. mkn2, tido. Kanopi tu agak selesa sbb disediakan dgn kerusi yg selesa untuk kita tido. huhuhuhu.
Dari PD, kami ke Nilai 3 pula. wahahaha.. ni mmg idea ira la.. Saje je, nk jalan2 cuci mata.
tp penuh krete la jugak balik tu kan.. Kami beli tikar buluh utuk ruang tamu, dan brg2 kelengkapan dapur. Kak fina sempat beli handbag lg.. Sebelum balik rumah, ira ajak my B singgah kedai mkn siap2. Sbb dh sampai rumah konfem penat dh nk masak. Kami mkn kt restoran gelas besar kt selayang... Dpt minum jus mangga.. haaaa refreshing. Balik umah settlekan hal basuh baju and rehat.

16Januari (Isnin)-

Ira kerje, my b cuti sbb nk kena hantar ayah ke IJN. Admit before operation. Then ptg ira balik kerje terus gi IJN, lepak2 jap and bwk my B and mak balik umah. mlm tu ayah kata x perlu org teman dia lg. Sbb dia boleh jalan. Ayah dpt VIP suit. Sorg 1 bilik. Ada bilik air, sofa, fridge, katil utk peneman.

Bangunan yang dilawati setiap hari selama 2 minggu.

No bilik pertama ayah admit A452

Kami balik rumah, mkn2 then after rehat jap, ira and my b kuar lg, jemput ibu dan abah ira yg baru tiba dari kelantan kt KL Centre. Diorg naik flight pukul 9mlm dan smpai di LCCT pukul 10mlm. Terus amik bus ke KL Centre. Then bwk ibu and abah balik umah. Ni first time ibu dtg rumah ira after kitorg kawin. Abh dah second time. Tp aritu abh dtg pun kejap je, smpai mlm, pagi terus nk balik dah. 

17Januari ( Selasa)-a day before operation.

Harini ira start cuti, bgn pagi2, buat brakfast, then bwk ibu,abah and mak ke IJN. kami teman ayah 1 hari. 

Ni gambar sehari sebelum operation. Masa kitorg temankan ayah. Gambar diambil oleh My B yg dtg IJN waktu lunch hour sbb dia kerje harini.

Persedian untuk pembedahan. click to enlarge.


Byk kali ayah di panggil doktor untuk buat pemeriksaan dan bagi penerangan tentang operation esok. Masa ayah sain surat untuk operation tu, ira,fuad dan mak juga ada dlm bilik doktor. Doktor dh bgtau apa kesan2 nya lepas buat operation dan semua keputusan dlm tangan ayah. Ayah nampak nya redha dan sain surat kebenaran operation itu. Then ayah masuk bilik dia balik. kami sembang2 mkn sama2. 1st time yg ibu and abah dan my ayah dan mak mertua lepak sama2 sampai 1 hari. Walaupun ayah nampak ceria, tp dlm hati dia pasti ada keresahan untuk menghadapi pembedahan esok hari. Mlm ni mlm last sblm pembedahan, mak dan abg fuzi tido kt bilik ayah. teman kan ayah. Sbb lepas operation nnt, ayah akan dimasukkan ke ICU. Dan xde org yg boleh tunggu di ICU IJN. Maka, ira balik umah dengan ibu abah dan kak fina, my sister in law.


18Januari( Rabu)- the operation day

Hari ini kami bgn awal. pukul 4.30 pg ibu dah sedia masak nasi goreng kunyit nye untuk alas perut kami.
pukul 5.30 pagi kami (me, my b, ibu, abah, kak fina and fatini) kluar dari rumah. Kami menuju ke Sunway Hotel untuk hantar ibu dan abah ke sana. Ibu ada function tahunan AVON harini.smpai di sunway pukul 6.15 pagi. Kami terus bergegas ke IJN. tiba di IJN pukul 6.40 pg. Alhamdulillah, jaga belum ada di pintu masuk lif. kami terus seludup fatini naik atas, bilik ayah. Untuk pengetahuan semua, kanak2 bawah 12 tahun tidak dibenarkan naik ke tingkat atas IJN sebelum pukul 6ptg. Kami solat subuh dan  sarapan dengan nasi goreng yg ibu goreng td. Kami bawa bekal ke hospital. ayah dah start puasa dr tgh mlm td. Jadi ayah dh xboleh mkn, hanya dibenarkan minum air dlm jumlah yang sedikit. Kami dtg awal pagi ke IJN kerana diberitahu Doktor yang ayah akan di tolak ke dewan bedah pada pukul 7.30 pg. Setelah menunggu akhirnya pada pukul 8.00 ayah diberikan pakaian untuk masuk dewan bedah dan diberi pil penenang. Kami sama2 menolak katil ayah ke dewan bedah. Kami hanya dibenarkan menghantar sampai ke pintu pertama je.

Ayah tenang sebelum masuk bilik bedah.


Kemudian, kami mula salam2 dgn ayah. Perasaan waktu ini sgt sayu.. Ayah pun mula menitiskan air mata sewaktu mak minta ampun dan maaf. Masa ira salam ngn ayah, nk je cium kedua pipi ayah, tp memandangkan sebelum ni x pernah buat mcm tu, dan mak , isteri ayah sendiri pun x cium pipi ayah, jd segan pulak. Selepas ayah masuk kebilik bedah, kami dibenarkan berada dibilik ayah hingga pukul 12 tgh hari sahaja. Kerana bilik tu harus dikosongkan dan dibersihkan untuk org lain pula. lepas pembedahan ayah akan ditempatkan di Intensive Care Unit, ICU. Nurse yang tolak ayah ke bilik bedah, bgtau, biasanya pembedahan ni mengambil mana sehingga 5 jam. Pembedahan akan bermula pukul 9 pagi, jadi kami anggarkan ayah akan dimasukkan ke ICU pukul 2 ptg. Masa kami lepak di bilik ayah lepas tolak ayah ke bilik bedah, my b beberapa kali nampak yg mak tgh menangis. Then cepat2 mak masuk toilet. Sian mak. Mesti dia tgh susah hati.. Lepas pukul 12, kami keluar dari bilik ayah. Kami ke cafe untuk makan tghari.
Walau mcm mana pun, hati kami masih kt tingkat 1 ,  di bilik pembedahan. mcm mana agaknya keadaan ayah. Lepas mkn kami ke surau untuk solat. Kemudian kami duduk di ruang menunggu luar ICU. Bertanya pada nurse adakah ayah sudah siap dibedah. Nurse jwb, blm lg. Diharap bersabar. sekiranya ayah telah selesai dibedah dan dimasukkan ke ICU, kami akan dipanggil.waktu itu dah hampir pukul 3 ptg. Akhirnya setelah lama menunggu, kami diberitahu yg ayah dah selamat dibedah pada pukul 4.30ptg. Alhamdulillah.. itu je yang mampu kami ucapkan pada ketika itu.. Kami dibenarkan masuk bergilir2 untuk melihat keadaan ayah..
Pada waktu itu ayah masih tidak sedar dan nurse tidak benarkan kami bercakap2 dgn ayah. Ayah nampak sgt lemah..

Ayah in ICU right after the operation. Balang 2 kat lantai tu smbung dengan saluran yg masuk ke perut ayah untuk keluarkan darah beku dan air yg keluar selepas operation.

Segala wayar2 ubat dan alat bantu untuk ayah selepas pembedahan itu..

Mak menyuruh Ira dan kak fina masuk dahulu kerana kak fina harus turun untuk mengasuh anak nya dilobby pula. Kami hanya dibenarkan masuk untuk tgk ayah sekejap je kerana itu bukan waktu melawat ICU. Waktu melawat ICU adalah pukul 6ptg-8mlm. Xde apa yg ira tahu mengenai keadaan ayah yg sebenar pada ketika itu kerana ira hanya melihat ayah tido akibat bius td dan nampak monitor yang menunjukkan tekanan darah ayah agak lemah dan ubat2 yg dicucuk terus ke salur dah. Mcm mana result operation masih blm ira ketahui. Kami keluar, kemudian, B dan mak masuk.  Kebetulan, waktu mereka masuk ada doktor Alwi, doktor yang membedah ayah. Dia tanya my b, adakah my b tu anak ayah. then my b angguk. Doktor tepuk bahu my b dan berkata yang ayah sgt lemah.Waktu operation td pun dia terpaksa stop sekejap kerana tekanan darah ayah turun. Dan tekanan darah yang kami lihat skrg ni pun hanya dengan bantuan blow pam untuk jantung ayah dan ubat2 yang dicucuk terus ke salur darah ayah. Doktor beritahu yang dia akan monitor keadaan ayah dan menggunakan blow pam ini sehingga 24jam, dan akan tanggalkan blow pam itu dan mahu melihat prestasi ayah sendiri, adakah ayah mampu bertahan atau pun tidak, sekiranya tidak, doktor akan pasangkan balik blow pam itu dan monitor keadaan ayah sehingga 48 jam. Kalau masih tiada perubahan, doktor akan tanggalkan kembali blow pam itu dan berserah pada ALLAH sahaja. Bayangkan la perasaan mak ketika itu... Hanya ALLAH yang tahu..
Pada waktu itu, ira belum tahu lg mengenai hal ini. sehinggalah di coffee house, waktu minum ptg, mak bgtahu ira dan kak fina. Masa ni mak menangis dihadapan kami. Ya ALLAH, luluh hati ni tgk mak menangis ketika itu. Xde apa yang boleh diucapkan selain dari berkata sabar mak, byk kan berdoa.. Kita kena kuat, bg semangat kat ayah. InshaALLAH x de apa yang akan berlaku. Then ira ajak mak ke surau untuk solat magrib, then kami solat hajat sama2. Mohon ALLAH terus kuatkan semangat ayah, selamatkan ayah, sembuhkan ayah. Alhamdulillah, mak kelihatan sedikit tenang. Kami pulang kerumah, mkn mlm dan terus membincangkan tentang ayah. Kami pikir apa yang harus kami buat ketika itu selain berdoa ALLAH panjangkan usia ayah. My b buat keputusan untuk beritahu keadaan ayah pada abang sulungnya. waktu itu, abg fahir masih di kedah. Dan merancang untuk datang pada hari khamis mlm. Kebetulan, keadaan Abg Fahir pada ketika itu tidak mengizinkan kerana dia sendiri baru 2 minggu menjalani pembedahan buang apendik. Dan adik2 yang lain, Farid, Siti dan Fahirah akan dtg menaiki kerete Abg fahir juga. Pada waktu ini, kami hanya pikir mahu anak2 ayah berada dekat dgn ayah. Sekiranya apa2 berlaku, xada yang menyesal. Tp dalam masa yang kami x mahu mereka tergesa2, risau sesuatu yang tidak diingini terjadi. Mlm itu, lepas sohat hajat dan baca yasin, kami tido dengan hati yang resah.

19Januari (Khamis)- The day after operation.

Awal2 pagi ira dan fuad dh kuar kerana ira da temujanji dgn klinik O&G di hospital selayang.
selepas menunggu giliran, dan berjumpa doktor. Kami ke sunway untuk menjemput ibu dan abah. Kemudian, kami terus ke IJN.
Mak, abg fuzi, kak fina dan Fatini pergi ke IJN pukul 10pg. Waktu melawat untuk ICU pada tghari adalah pukul 12.30tghari -1.30 tghari. Mmg tidak dibenarkan sesiapa menunggu pesakit di ICU. Setiap pesakit akan dijaga oleh seorg nurse secara individu. 
Tepat 12.30 tghari kami dibenarkan masuk. My b dan abah masuk dulu, kerana hanya 2 org saje dibenarkan masuk pada satu masa. mereka keluar dgn membawa berita gembira. Alhamdulillah, ayah dah sedar. Ayah mintak mak masuk untuk menyuapkannya mkn. kerana ayah tidak boleh bangun lg. Alhamdulillah Ya ALLAH.. Ayah nampak better dari semalam walau pun segala ubat2 dan alat2 bantu masih melekat dibadan. Kami masuk lg kedalam secara bergilir2 sehingga habis waktu melawat untuk tghari itu.
Kelihatan wajah emak sedikit lega berbanding semalam. Kemudian kami menuju ke cafe untuk mkn tgh hari beramai2. Lepas mkn, kami naik ke tingkat 7 IJN untuk solat.
Selepas solat, mak, kak fina dan abg fuzi duduk di lobby untuk menunggu waktu lawatan ICU yang seterusnya pukul 6ptg. sementara, ira dan my b ke LCCT utuk hantar ibu dan abah balik ke Kelantan. 
Lepas antar ibu dan abah, kami patah balik ke IJN. smpai di IJN pukul 5.30ptg. rehat jap, pukul 6ptg. kami gilir2 lg masuk melawat ayah di ICU. Abis waktu melawat, kami pulang kerumah utk berehat. Setibanya dirumah bukak laptop smbung buat laporan tahunan untuk kerje dan send ke officemate ira, muiz. Mintak dia ganti ira untuk meeting esok sbb ira nk amik EL. Badan dah mula terasa penat. Tp kami harus kuat. Dlm pukul 3pg, ira terjaga dari tido, sbb dgr bising kt ruang tamu rumah. Tahu la ira yang adik beradik my b yang lain dah sampai. Ira bangun dan amikkan tilam untuk mereka, then sambung tido balik.

20Januari (Jumaat)- 2nd Day after operation.

Bangun pagi2, buat brakfast, mkn then bersiap ke IJN lagi. pg ni my b dah kena gi kerja, ira amik EL. bwk Mak, siti dan Fahirah ke IJN. Mak mmg pg2 dh siap2 nk gi IJN. walaupun tahu waktu melawat hanya lah pada pukul 12.30thari-1.30tghhari. Hati emak di sana, bagaimana mak boleh tenang dirumah. Jadi lepas kami siap, kami terus ke sana dulu. Abg fahir, Farid, Kak Lidya dan aidil gerak kemudian. setibanya di IJN kami lepak di cafe dulu, minum2 sementara menunggu pukul 12.30tghari. Hari ni hari pertama untuk Abg Fahir, Kak lidya, Siti dan Fahirah untuk jumpa ayah lepas ayah operation. Alhamdulillah, Allah masih beli kesempatan kepada kami untuk jumpa ayah lg, walaupun pada mulanya keadaan ayah amat membimbangkan.
Pukul 12.30 tgh hari kami masuk tgk ayah secara bergilir2 lg. ayah masih belum boleh bgn duduk sbb ada 2 tiub dimasukkan dlm bdn ayah. 1 tiub untuk kuarkan darah2 beku yg kuar masa operation dan 1 ld tiub yg kuarkan air . So, untuk mkn, mmg ayah memerlukan bantuan. waktu ini, adik2 siti dan fahirah cuba untuk suapkan ayah, tp ayah menolaknya dgn lembut dgn memberitahu, xpe, kejap lagi waktu mak masuk, mak akan suapkan ayah. :) how sweet kan.. ayah still nk emak yang suapkan ayah waktu tu..
waktu kami tgk ayah hari tu, tkanan darah ayah dah mula naik sedikit ke 80%. Tp ayah still ber blow pam dan ubat2 masih disalurkan. tp, hari ni ayah dah  mula byk bercakap dari hari sebelumnya. ayah bgtau yg dia pahit mulut dan nak minum air oren. jd, kami sediakan air oren utk ayah dan menunggu waktu melawat seterusnya pada pukul 6ptg. Lepas habis waktu melawat kami pulang kerumah untuk berehat.

21Januari (Sabtu)- 3rd day after operation

Harini, ira ngn fuad ke hospital lewat skit sbb kami ke tesco dulu. barang2 dapur dh byk abis. Jadi mak ke IJN dgn abg fahir, farid dan siti. Abg fuzi akan pegi IJN ptg dgn Kak Fina dan Kak lidya, sbb kesian kat kak fiana dan kak lidya kena jaga anak2 kat lobi IJN lama2. Ira, fuad dan Fahirah ke tesco untuk membeli brg2 dapur. Lepas settle beli barang dapur dan hantar ke rumah, kami terus ke IJN. sempat melawat ayah sekejap untuk tgh hari. Alhamdulillah, keadaan ayah semakin pulih.
2 saluran tiub yg dimasukkan kebadan ayah dah ditanggalkan. ayah dah boleh duduk.
dengan bantuan nurse yg menekan paramount bed itu. dah lenguh baring, kata ayah. 

Nampak x bekas jahitan di dada ayah tu? dua kali ganda panjang ada di betis belah kiri ayah. dbb doktor ambik urat dari betis belah kiri ayah untuk buat bypass ke jantung ayah itu. tiub yg tercucuk di leher itu la saluran ubat yang disalurkan terus ke badan ayah. . Kalau kita duduk dlm ICU ni, kita rasa sejuk giler ICU ni. tp ayah x rasa sejuk sgt. sbb kesan ubat yg masuk ke badan ayah itu. plaster kt atas perut tu pula yang cover lubang perut yang doktor masukkan tiub untuk keluarkan darah dan air selepas operation tu.


tengah hari itu, anak sedara ayah dari putrajaya, Kak lang ada dtg melawat dgn anak2 dan suaminya. Terima kasih diucapkan pada kak lang sekeluarga yang sentiasa memberi semangat kepada kami semua.


Selepas waktu melawat tghari, kami lepak dilobi lagi sementara menunggu waktu melawat petang pula.
Fatini dan Aidil yang seronok bermain di IJN

Pada waktu lawatan petang kami diberitahu yang doktor akan tanggalkan blow pam ayah. dan akan monitor keadaan ayah sehingga 24jam. Alhamdulillah, semuanya menunjukkan positif. Sekarang hanya tinggal ubat2 yang dicucuk terus untu kestabilan tekanan darah dan kekuatan jantung ayah.Apa2 pun, keadaan ayah dah semakin positif. kami pulang kerumah dengan perasaan yang lega hari ni.


22Januari (Ahad)- 4th day after operation

Seperti biasa, lepas sarapan, kami ke IJN untuk melawat ayah. Hari ini ayah hanya dicucuk 2 ubat sahaja lg. itu pun hanya dgn dos yang rendah. Nurse beritahu yang ayah akan dikeluarkan dari ICU kerana ada patient yang baru masuk dan memerlukan tempat. AYah akan di pincahkan ke wad HDU (High Dependency Unit). sementara waktu sehingga benar2 stabil. Maka, pd waktu melawat ptg, kami dah melawat ayah dia ruangan yang baru iaitu di wad HDU. Alhamdulillah, ayah semakin membaik. ayah dah boleh mkn sendiri.dah boleh duduk di kerusi. 

Ayah di HDU 

Mak menyuap mkanan minum ptg

Kasih syg seorg isteri
Seperti biasa, kami pulang selepas habis waktu melawat. pada pukul 8mlm.

23Januari (Isnin)- 5th day after operation

Hari ni, ira dan fuad x dpt melawat ayah pada sesi lawatan tghhari kerana kami terpaksa hadir ke jengka. My b ada sesi photoshoot untuk majlis pertunangan officemate ira. deal ni dah dibuat sebelum dpt tahu tarikh operation ayah dan duit deposit juga dah dpt. jadi, kami terpaksa pergi juga je Jengka untuk menjalankan tugas kami. Kami bertolak ke jengka dari Kl pada pukul 5.30 pg. tiba di temerloh pukul 6.30 pg, solat subuh dan terus ke felda 17 jengka. semebum ke rumah pengantin, kami singgah breakfast dulu di kedai berhampiran. Selepas siap mkn, kami terus ke rumah pengantin (gee) majlis bermula pukul 10.30 pagi. setelah membantu apa yang patut, my b menjalankan tugas part time nya sbgai photographer sehingga majlis selesai pada pukul 1tghari. Selepas siap mkn di rumah pengantin, kami bergegas pulang ke KL. terus ke IJN. sebelum smpai IJN, kami singgah untuk membeli pisang goreng depan HKL.
Setibanya di IJN, Kami diberitahu mak yang ayah dah dipindah kan ke wad biasa di tingkat 3. Alhamdulillah. satu berita yang baik. Bermakna, mulai mlm ini, salah seorg anak dah boleh menunggu ayah di wad. 




After decided, farid a.k.a abg chik yg teman ayah mlm tu. sbb esok pg dia dh nk balik kedah. Kena kerje.

24Januari (Selasa)-6th day after operation

Hari ni kami gerak ke IJN lewat sikit sbb my B kepenatan semalam outstation ke Jengka untuk photoshoot. So, mak ke IJN dulu pagi dgn abg fahir, Abg Chik, Siti, Fahirah dan Abg fuzi. Ira, pg2 dah ke Hospital selayang utuk checkup lg. skrg ira on clomid cycle 1. jd, doktor2 tgh monitor perkembangan telur di ovari ira. once it ready , doktor akan cucuk untuk lepaskan telur dan ready untuk bersenyawa. begilah seterusnya sehingga berjaya. Walau mcm mana sibuk pun, usaha untuk hamil masih diteruskan. inshaALLAH. 
lepas balik dari Hospital, ira kemas rumah dan bantu kak fina masak2. My b, bgn tido, bersih kipas, ruang tamu and dlm bilik, repair paip bocor. then kitorg siap2 nk gi IJN. tp sblm tu, kami bwk kak fina dan fatini ke klinik dulu. Fatini selsema. Sian dia. lepas hantar kak fina balik rumah, kami ke IJN. untuk wad tingkat 3 ni, waktu lawatan bermula pada pukul 4.30 ptg. Jadi kami lepak lama skit dgn ayah. Kami bwk pisang goreng. tp ayah mkn sikit je, sbb masih dlm pantang. Mak mcm x sihat. X sedap badan sebab setiap hari dok dlm aircond kt IJN ni. Dh selsema. Kami bertolak balik rumah awal skit dari biasanya. memandangkan keadaan ayah makin stabil, jd kami senang hati skit. Mlm tu, abg fuzi yang teman ayah di wad. 

25Januari (Rabu)-7th day after operation

Hari ni dah start kerje balik after looong leave.Hari ni pagi2, lepas siap2 gi kerje and brakfast, ira hantar mak, siti dan fahirah ke IJN dulu. Then abg fuzi balik rehat dirumah. lepas waktu kerje ira ke IJN balik tgk ayah. harini ayah dah x pakai alat monitor tekanan darah dan jantung. ayah dah boleh berjalan ke bilik air sendiri. Tp darah ayah sedikit pekat, dan ini agak membimbangkan. Kaki ayah juga agak bengkak. Nurse kata, kaki bengkak tu normal untuk lepas operation sbb ambik urat kaki untuk buat bypass hari tu. ayah dh pantang mkn, dh x minum air oren. just minum air masak dan air yang disediakan sahaja.
lepas abis visiting hour, dan abg fuzi pun sampai untuk teman ayah mlm tu kami pulang kerumah utuk berehat.

26Januari (Khamis)-8th day after operation

Hari ni, ira kena gi Hospital selayang lagi untuk checkup. sebelum gi checkup, ira gi hantar Mak, Siti and Fahirah ke IJN dulu. Harini siti akan balik ke Politeknik Arau. Naik bas dari Jalan Duta pukul 1.30 tghari. Abg fuzi yang hantar. Lepas checkup kt hospital selayang, ira dapat MC dan balik berehat dirumah. petang pukul 5, ira bwk kak fina , amik fuad kt ofis dan menuju ke IJN untuk melawat ayah. Alhamdullillah, ayah dah boleh ke wad biasa. Wad ni sama mcm wad mula2 ayah admit dulu. VIP suite. Lebih selesa dan family boleh stay dlm bilik x kira waktu. Kami stay smpai abis waktu lawatan dan pulang ke rumah.

27Januari (Jumaat)-9th day after operation

Hari ni ira kerje. Tp seperti biasa sebelum pegi kerje, ira antar Mak dan Fahirah ke IJN untuk melawat ayah. Sampai ofis kerje mcm biasa. tp byk task2 tertangguh sbb cuti lama sblm ni. Tiba2 dpt msg dari fahirah yang ayah dah boleh balik rumah. ALhamdulillah... TP ptg skit baru dibenarkan. Jadi lepas office hour, ira bergegas ke IJN. Dlm pada nk cepat tu la jalan jem giler. Hujan pula tgh lebat, jd pukul 6.15 ptg baru smpai ke IJN. ayah dah tunggu di lobby. Nampak sgt ayah dh x sabar nk balik. mesti ayah dh boring duduk IJN lama2. Termasuk hari ni 12 hari ayah stay kat IJN. 

Ayah berdiri di lobby sementara tunggu ira sampai. x larat duduk dah katanya.

Smpai di rumah, risau mcm mana ayah nk naik atas. rumah kami dh la tingkat 4. sian ayah. My b amik kerusi roda dan plan nk angkat ayah naik. Tp ayah kata x perlu. kat IJN dia dh disuruh nurse exercise jalan, turun dan naik tangga. tp pasti la xsampai 4 tingkat kan. jadi, may b follow je blakang, ayah naik plan2. akhirnya ayah smpai umah kami juga. ayah x nampak penat pun naik tangga. ayah kata, dia slow sbb kaki bengkak je. dada x rasa senak. Alhamdulillah.. mudah2 han semuanya ok. lepas mkn dh rehat, kami tido.

 28Januari (Sabtu)-10th day after operation

Hari ni ayah kata kena gi cucu jahitan dikaki. so, kami keluar pagi2 lepas breakfast. mula2 kami singgah jalan duta untuk hantar fahirah naik bas balik rumah abg fahir. sbb esok dia dh kena masuk skolah balik.
tahun ni fahirah amik SPM. lepas antar fahirah, kami terus ke Emergency department IJN untuk cuci kaki ayah. kalau hari biasa, perkara ni boleh di buat di unit pesakit luar. tp memandangkan hari sabtu,jadi kami ke emergency department. Lepas dah settle, kami ke Kg Baru sbb mak nk check kencing manis.Alhamdulillah, kencing manis mak pun dah turun dengan bacaan gula dalam darah 5.6. Mak beli tambahan ubat minyak habatusauda kt kedai jamu kt kg baru tu. Mak kata nampak hasil lepas mkn minyak tu. kencing manis pun turun. Dengan izin ALLAH. Alhamdulillah. Then kami balik rumah.

 29Januari (Ahad)-11th day after operation

Aktiviti mcm biasa sahaja. duduk rumah, mkn minum. ayah exercise. Tp abg fuzi, Kak fina dan fatini nk balik dah harini. terus terasa sunyi sgt rumah x de fatini yg bijak tu.. :(
tengah hari, ira dan my b ke Port Klang, menghadiri wedding ex-officemate ira, rin.
Mak tinggal dengan ayah kt rumah jap. Pukul 5 kitorg smpai rumah bwk balik goreng pisang mak pesan :)




Pjg gilerrrr kan... tp itu la full story nye.. sorry kalau ada typing error.