Daisypath Anniversary tickers

WwooowW

Friday, November 29, 2013

I'm a mother now.

Assalamualaikum.. 

MasyaALLAH lama betul ira x update blog ni. Maaf pada rakan2 TTC. Perubahan title menyebabkan tiada masa untuk mengadap blog ni lg. Akan cuba sedaya upaya update lg lepas ni. Seperti yg sedia maklum ira seorg TTC mother yg telah berjaya conceive dan telahpun bersalin end of April yg lalu. harini 29november baby ira dh masuk 7bulan pun. Subhanallah.. sesungguhnya masa itu tidak pernah menunggu kita. Kita seharusnya memanfaatkan setiap masa yg ada. 
InshaALLAH ira akan share pengalaman2 ira sebagai ibu di entri2 akan dtg. buat rakan2 TTC, jgn berjauh hati, boleh pm ira utk sebarang pertanyaan tentang ingin hamil.

email je ke email ira di adira86@gmail.com

disini ira titipkan gambar terbaru baby ira, namanya MARYAM EL SAFIYYA BINTI MOHAMAD FUAD



Wednesday, May 29, 2013

Day 2: Korea Trip 2012 ( Nami Island )

Assalamualaikum semua.. 

Sambugan dari entri sblm ni...

Hari kedua di Korea:

Kitorg decide utk ke Pulau Nami. So, lepas breakfast kt rumah pg tu, kitorg gerak ke Nami. Naik train dr rumah, transit ke satu lg train. then Naik Teksi ke Jeti Nami. Dari situ naik Feri pula. Sgt berbaloi ke Pulau nami musim ni sebab semuanya cantik dan indah. Subhanallah...

View dr luar. Namsan 3 Guest House


Dari umah tumpangan kitorg, kena  guna Laluan untuk track no 4. — at 명동 (Myeong-Dong)

Transit ke train lain untuk ke Nami — at Dongdaemun Station.




notakaki: kepada para pembaca, untuk pengetahuan semua, suami ira ada buat bisnes photography.
Jika ada yang berminat untuk mengupah jurugambar untuk event2 tertentu seperti (birthday, wedding,engagement, private party, kenduri, outdoor photoshoot, prewedding, post wedding dan lain2 lagi) bolehla menghubungi kami di 013-2089836 atau emailkan kepada adirapictures@gmail.com
harga boleh dirunding.. sticky album and custome album juga kami boleh produce dgn kualiti yang bagus.
untuk melihat gambar2 yang telah diambil untuk customer terdahulu, boleh pergi ke blog http://adiratouches.blogspot.com/   & like https://www.facebook.com/aDiRaTouches. TQ :)

Wednesday, January 23, 2013

Day 1: Korea Trip 2012 ( From KL to Seoul )

Assalamualaikum semua..

Harini ira nk update pasal trip kitorg ke Korea pertengahan Nov 2012 yg lalu..
Jemput la baca ye. ira copy paste dr facebook ira je..
Malas nk tulis balik.. hehehe

Pertama kali ke Korea:
Kami bertolak dari LCCT ke Incheon Airport jam 8.45 pg waktu Malaysia. Perjalanan mengambil masa selama 7 Jam. Tiba di Incheon 4.45 ptg waktu Korea. Kemudian, kami naik Korail ( korean train ) untuk ke rumah tumpangan kami di Namsan. Semua perjalanan dan tempat tinggal kami uruskan sendiri sbb kami x ambil tourist guide. Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan lancar. Kredit to my hubby En Mohamad Fuad Zulkifli atas usaha beliau untuk study tentang perjalanan kami sebelum percutian ini.

Setibanya di Incheon Air port. Ni gambar pesawat Korean Air

Incheon Airport Immigration counter
From Incheon Airport to Seoul Station
Dlm train. one of our friend Kamal Syafiq.
Seoul City
Depan Seoul Station.. Sejuk giler.. masa ni pakai baju sejuk je.. long john  blm pakai lg..
Time ni baru kul 5 lebih kalau x salah.. tp dh gelap, sbb musim luruh..
Dari sini kitorg naik train ke rumah tumpangan kitorg di Namsan.





notakaki: kepada para pembaca, untuk pengetahuan semua, suami ira ada buat bisnes photography.
Jika ada yang berminat untuk mengupah jurugambar untuk event2 tertentu seperti (birthday, wedding,engagement, private party, kenduri, outdoor photoshoot, prewedding, post wedding dan lain2 lagi) bolehla menghubungi kami di 013-2089836 atau emailkan kepada adirapictures@gmail.com
harga boleh dirunding.. sticky album and custome album juga kami boleh produce dgn kualiti yang bagus.
untuk melihat gambar2 yang telah diambil untuk customer terdahulu, boleh pergi ke blog http://adiratouches.blogspot.com/   & like https://www.facebook.com/aDiRaTouches. TQ :)

Monday, January 21, 2013

6 month already

Assalamualaikum semua..

Sorry sgt lama x update. Tp ada ke org tunggu update dari ira :)..
Seperti entri yg ira crite sblm ni, yes ira tgh pregnant our 1st baby skrg.
Minggu ni dh masuk 25weeks ++. 
Alhamdulillah, semua nampaknya berjalan dgn lancar.
Selepas bleeding pd awal2 pregnancy dulu blm ada bleeding lg hingga ke hari ni.

ok jom ira crite pengalaman ira spjg pregnancy smpai ke hari ni ok.

Awal2 pregnant mmg ira xde alahan smpai la lebih kurang masuk 2bulan pregnant baru start ada rasa nk muntah. tp x loya sgt. Just rasa perut berangin..
Awal2 dulu ira kurang selera mkn, x rasa lapar or x tau nk mkn apa.. So kalau perut dh nk masuk angin mula la nk muntah kan. Tp x setiap hari pun ira muntah..
dan pg2 jarang sgt muntah, kalau ptg ye. Sbb balik kerje tu dh rasa berangin then terus nk muntah.. heheh.
Apa la citer pasal muntah je kan.. tp tu je la pengalaman ira awal2 pregnant.
Awal2 pregnant ni jugak ira ada la beli susu Enfa mama tu. Perisa vanila.. Tp x smpai separuh je minum rasa x leh blah dn mcm terpaksa sgt minum..
(pilih susu Enfa mama sbb ramai yg bgtau susu ni bagus,kurang lemak dari minum Anmum yg boleh menyebabkan kegemukan.. hehehe)
Mmg dr kecik mmg x suka minum susu tepung. X tau la kenapa. Ira hanya minum susu and mkn asid folic je time ni.

Masuk bulan ke3, lepas dh x boleh minum susu, ira pun start cr supplement yg terbaik untuk me and my baby.. Mmg dr sebelum pregnant lg dh tau and baca feedback pasal shaklee, so ira terus order set ibu hamil shaklee dgn kawan ira yg meniaga online. Set ni mmg dh lengkap dgn B complex+asid folic, multivitamin Vitalea, Omega guard, Vitamin C dan Ostematrix (kalsium) . So, ira just perlu amik ni setiap hari mengikut waktu yg ditetapkan tanpa perlu minum susu. yeay!!.
Untuk pengetahun semua, sebulan sebelum pregnant ira ada amik GLA tablet shaklee gak untuk kesuburan. Mungkin ni salah satu faktor ira dpt hamil pada bulan puasa yg lalu. 
Start buat buku merah kt KKIA Kg Kenanga, Rawang. Tiap2 bulan checkup kt sini.

Masuk bulan ke4, ira demam teruk.. Sampai seminggu lebih. Demam+selsema+batuk.. seksa sgt rasa masa ni. Dah la x leh mkn ubat sembarangan kan.. Gi klinik pun untuk amik MC je, ubat simpan takut nk mkn.
Nasib la ada hubby yg terus memberi sokongan. Mlm2 hubby masakkan air panas untuk rendam kaki..
Dlm 3 mlm jugak la ira dok merendam kaki, then demam and selsema berkurang.. Tinggal batuk je. Akhirnya mkn jugak ubat batuk sirup yg doktor bagi tp dgn kuantiti yg sikit, hanya 1sudu teh sahaja.
Masa 17minggu kandungan ira, hubby dan kawan2 ada trip ke Korea. Dlm hati cuak jugak nk jalan jauh masa ni dgn kandungan baru nk kuat and flight 7jam. TP tawakal je la sebab semua dh tempah.
Seminggu kami kat sana dan alhamdulillah semuanya selamat dan gembira. Batuk pun dh hilang kt sana. seronok dgn suhu sejuk kt sana kot. hehehe. Dah start rasa baby gerak dlm perut. Rasa geli2 je..



Masuk bulan ke 5, perut telah kelihatan. Tp x besar mana pun lg. Kalau pakai baju kurung org x nmpak sgt. Scan doktor kata baby girl. hehehe. I'm happy tp hubby sikit frust, tp bila tgk brg2 baby girl terus dia smgat balik. huhuhu. Dua kali scan still doktor kata baby girl. Scan kali kedua kt kelantan dgn my mum masa tu. Saja dia nk tgk baby. Excited nk baby girl. Terus gi tempah gelang. hehehe.
Dah start sakit2 pinggang and susah nk pusing kalau baring. Dah start rasa baby kicking. tp x kuat sgt.






Masuk bulan ke 6, Perut semakin kelihatan. Pusat pun macam terkeluar. Tp belum tebonjol lg. Pakai apa pun mmg dh nampak perut skrg ni. Baju kurung dh x leh pakai sbb kain ketat kt pinggang. Pinggang lagi kerap sakit. Ptg pun dh rasa lenguh.. Kalau duduk lama, nk bangun mesti sakit. Dah start susah buang air :(.
Barang baby dh siap shopping.. :) (shopping kt wharehouse sale sogo, JUSCO and expo baby kt PWTC)
Baju, cadar, kain barut, bedung baby semua dh basuh. :)
seronok sgt tgk baju kecik2..

Stakat ni saje kot update kali ni.. nnt rajin ira update lg k.

Buat semua readers, tQ sbb sudi singgah.
Buat all TTC, jgn putus asa. Usaha lg. Yg paling penting ENJOY masa bersama, jgn stresss. Itu PENTING !
Buat M2B, enjoy our happy moment =)

Till we meet next time,


notakaki: kepada para pembaca, untuk pengetahuan semua, suami ira ada buat bisnes photography.
Jika ada yang berminat untuk mengupah jurugambar untuk event2 tertentu seperti (birthday, wedding,engagement, private party, kenduri, outdoor photoshoot, prewedding, post wedding dan lain2 lagi) bolehla menghubungi kami di 013-2089836 atau emailkan kepada adirapictures@gmail.com
harga boleh dirunding.. sticky album and custome album juga kami boleh produce dgn kualiti yang bagus.
untuk melihat gambar2 yang telah diambil untuk customer terdahulu, boleh pergi ke blog http://adiratouches.blogspot.com/   & like https://www.facebook.com/aDiRaTouches. TQ :)