Daisypath Anniversary tickers

WwooowW

Tuesday, January 31, 2012

PCOS Syndrome

Assalamualaikum.. 

[Diari TTC]

Dah lama ira x update pasal usaha untuk hamil kan.
Untuk pengetahuan semua, ira masih belum hamil dan masih giat berusaha untuk hamil.
dalam bulan Januari ini sahaja ira dh ulang alik ke Klinik O&G Hospital Selayang lebih dari 5 kali.
Ira on clomid 1st cycle. Sbb tu kena ulang alik ke klinik untuk check pembesaran ovum. 
Harini CD20. skali lagi ira ke klinik O&G. Tp sedihnya ovum x cukup besar lg. 
Dan doktor nampak ada gejala PCOS (Polycystic ovary syndrome).  :(
Sedih .. TP kena kuat dan teruskan usaha.
Doktor bg ubat Metformin untuk seminggu. 8Februari kena dtg lg. 

**Kawan2 kalau ada nk tanya, just leave a comment or email me ok**


YA ALLAH, Kuatkan lah hati hambaMu ini agar terus tabah mengharungi ujian ini.


Monday, January 30, 2012

LOoooooooooooooooooONG UPDATE ~~~~ ayah~

Assalamualaikum..

Lama dh x update..Bkn x de modal nak citer..
Byk sgt nk citer, tp xde masa nk citer..Sgt busy..
Harini rasanya ira dh boleh citekan apa yg berlaku kebelakangan ini..

13Januari 2012 (jumaat)-

Dapat msg dr B yang parent dia OTW dari baling ke KL.
Awal 1hari dari plan asal. Sbb aayah dah rasa x sedap didada dia. rasa senak.
Untuk pengetahuan semua, ayah kena operation bypass jantung dia pada 18Januari2012. Tarikh yang diberi oleh IJN lepas 1st time admitted pada bulan november dulu.
X sempat prepare apa2 sbb dah pegi kerje.
Balik kerje awal skit dari biasa, kemas umah skit, sediakan tempat tido diorg, dan sedikit mkn mlm.
Alhamdulillah, diorg selamat smpai dlm pukul 8mlm.
Mak ayah datang dengan abg fuzi (abg my B), isteri dan seorg ank mereka (fatini).

14Januari (Sabtu)-

Plan harini sbnrnya pagi my B ada sesi photoshoot ngn client kat Taman Layang2 kepong.
Memandangkan mak ayah dah smpai, tanya diorg nk stay rumah ke nk follow pegi taman layang2.
Akhirnya lepas breakfast, kitorg ke taman layang2 beramai2..
Masa sesi photoshoot tu berlangsung, my b ngn client dia je la. kami, lepak kt port playground. bawa Fatini ( anak abg fuzi and kak fina) main kat playground. Ayah jalan2 keliling tman, dia rasa segar skit harini.
dh lepas penat2 beriadah tu kami lepak2 kt pankir sementara tunggu Mr.Photographer a.k.a my B settlekan kerje dia..  : )
Tiba2 abg fuzi ckp, dh lama x gi Melaka kan.. alang2 smpai KL, jom la kita gi melaka.
sementara ayah belum operation lg. Dah operate nnt kena pantang pulak. Then lepas Mr photographer siap kerje, kami balik umah and siap2 untuk ke Melaka.
Sblm tu, my b call homestay kat sana, untuk booking rumah untuk 1 mlm.
Lepas mkn tghhari dirumah, kami pun bergerak ke melaka dgn konvoi 2 biji kete.
Tiba di Melaka dlm pukul 5.30ptg. terus check in homestay kt bukit katil  yg dah kami boking tu.
Alhamdulillah, rumah tu sgt selesa. nmpak mcm rumah baru siap. mungkin kami guest pertama.
Rumah dia ada 3 bilik. 2 bilik air. 2 bilik ada air-cond dan 1 bilik ada kipas.
Semua bilik katil queen. Ruang tamu and dapur lengkap. Siap ada water heater kt 1 bilik mandi. harga homestay ni RM 180.
Lepas berehat dan mandi manda. kami kuar jalan2 ke banda melaka. niat mmg nk naik river cruise, sbb aritu masa dtg x leh nk naik, ramai sgt org.
Before naik river cruise, kami mkn mlm dulu..(hum.. gambar akan diupdate kemudian).
Lepas naik river cruise, jalan2 then mak ayah dah penat, so kami balik homestay untuk berehat.

15Januari (Ahad)-

Bgn pagi2 bersiap, breakfast roti canai then kami kuar dari homestay tu. mak ajak gi lepak2 kat PD. then dari melaka kami ke PD pulak. smpai kt PD dlm pukul 11pg. B sewa 1 kanopi untuk kami rehat2 tepi pantai. satu kanopi RM20. kami lepak2 kt situ smpai kul 3 ptg. mkn2, tido. Kanopi tu agak selesa sbb disediakan dgn kerusi yg selesa untuk kita tido. huhuhuhu.
Dari PD, kami ke Nilai 3 pula. wahahaha.. ni mmg idea ira la.. Saje je, nk jalan2 cuci mata.
tp penuh krete la jugak balik tu kan.. Kami beli tikar buluh utuk ruang tamu, dan brg2 kelengkapan dapur. Kak fina sempat beli handbag lg.. Sebelum balik rumah, ira ajak my B singgah kedai mkn siap2. Sbb dh sampai rumah konfem penat dh nk masak. Kami mkn kt restoran gelas besar kt selayang... Dpt minum jus mangga.. haaaa refreshing. Balik umah settlekan hal basuh baju and rehat.

16Januari (Isnin)-

Ira kerje, my b cuti sbb nk kena hantar ayah ke IJN. Admit before operation. Then ptg ira balik kerje terus gi IJN, lepak2 jap and bwk my B and mak balik umah. mlm tu ayah kata x perlu org teman dia lg. Sbb dia boleh jalan. Ayah dpt VIP suit. Sorg 1 bilik. Ada bilik air, sofa, fridge, katil utk peneman.

Bangunan yang dilawati setiap hari selama 2 minggu.

No bilik pertama ayah admit A452

Kami balik rumah, mkn2 then after rehat jap, ira and my b kuar lg, jemput ibu dan abah ira yg baru tiba dari kelantan kt KL Centre. Diorg naik flight pukul 9mlm dan smpai di LCCT pukul 10mlm. Terus amik bus ke KL Centre. Then bwk ibu and abah balik umah. Ni first time ibu dtg rumah ira after kitorg kawin. Abh dah second time. Tp aritu abh dtg pun kejap je, smpai mlm, pagi terus nk balik dah. 

17Januari ( Selasa)-a day before operation.

Harini ira start cuti, bgn pagi2, buat brakfast, then bwk ibu,abah and mak ke IJN. kami teman ayah 1 hari. 

Ni gambar sehari sebelum operation. Masa kitorg temankan ayah. Gambar diambil oleh My B yg dtg IJN waktu lunch hour sbb dia kerje harini.

Persedian untuk pembedahan. click to enlarge.


Byk kali ayah di panggil doktor untuk buat pemeriksaan dan bagi penerangan tentang operation esok. Masa ayah sain surat untuk operation tu, ira,fuad dan mak juga ada dlm bilik doktor. Doktor dh bgtau apa kesan2 nya lepas buat operation dan semua keputusan dlm tangan ayah. Ayah nampak nya redha dan sain surat kebenaran operation itu. Then ayah masuk bilik dia balik. kami sembang2 mkn sama2. 1st time yg ibu and abah dan my ayah dan mak mertua lepak sama2 sampai 1 hari. Walaupun ayah nampak ceria, tp dlm hati dia pasti ada keresahan untuk menghadapi pembedahan esok hari. Mlm ni mlm last sblm pembedahan, mak dan abg fuzi tido kt bilik ayah. teman kan ayah. Sbb lepas operation nnt, ayah akan dimasukkan ke ICU. Dan xde org yg boleh tunggu di ICU IJN. Maka, ira balik umah dengan ibu abah dan kak fina, my sister in law.


18Januari( Rabu)- the operation day

Hari ini kami bgn awal. pukul 4.30 pg ibu dah sedia masak nasi goreng kunyit nye untuk alas perut kami.
pukul 5.30 pagi kami (me, my b, ibu, abah, kak fina and fatini) kluar dari rumah. Kami menuju ke Sunway Hotel untuk hantar ibu dan abah ke sana. Ibu ada function tahunan AVON harini.smpai di sunway pukul 6.15 pagi. Kami terus bergegas ke IJN. tiba di IJN pukul 6.40 pg. Alhamdulillah, jaga belum ada di pintu masuk lif. kami terus seludup fatini naik atas, bilik ayah. Untuk pengetahuan semua, kanak2 bawah 12 tahun tidak dibenarkan naik ke tingkat atas IJN sebelum pukul 6ptg. Kami solat subuh dan  sarapan dengan nasi goreng yg ibu goreng td. Kami bawa bekal ke hospital. ayah dah start puasa dr tgh mlm td. Jadi ayah dh xboleh mkn, hanya dibenarkan minum air dlm jumlah yang sedikit. Kami dtg awal pagi ke IJN kerana diberitahu Doktor yang ayah akan di tolak ke dewan bedah pada pukul 7.30 pg. Setelah menunggu akhirnya pada pukul 8.00 ayah diberikan pakaian untuk masuk dewan bedah dan diberi pil penenang. Kami sama2 menolak katil ayah ke dewan bedah. Kami hanya dibenarkan menghantar sampai ke pintu pertama je.

Ayah tenang sebelum masuk bilik bedah.


Kemudian, kami mula salam2 dgn ayah. Perasaan waktu ini sgt sayu.. Ayah pun mula menitiskan air mata sewaktu mak minta ampun dan maaf. Masa ira salam ngn ayah, nk je cium kedua pipi ayah, tp memandangkan sebelum ni x pernah buat mcm tu, dan mak , isteri ayah sendiri pun x cium pipi ayah, jd segan pulak. Selepas ayah masuk kebilik bedah, kami dibenarkan berada dibilik ayah hingga pukul 12 tgh hari sahaja. Kerana bilik tu harus dikosongkan dan dibersihkan untuk org lain pula. lepas pembedahan ayah akan ditempatkan di Intensive Care Unit, ICU. Nurse yang tolak ayah ke bilik bedah, bgtau, biasanya pembedahan ni mengambil mana sehingga 5 jam. Pembedahan akan bermula pukul 9 pagi, jadi kami anggarkan ayah akan dimasukkan ke ICU pukul 2 ptg. Masa kami lepak di bilik ayah lepas tolak ayah ke bilik bedah, my b beberapa kali nampak yg mak tgh menangis. Then cepat2 mak masuk toilet. Sian mak. Mesti dia tgh susah hati.. Lepas pukul 12, kami keluar dari bilik ayah. Kami ke cafe untuk makan tghari.
Walau mcm mana pun, hati kami masih kt tingkat 1 ,  di bilik pembedahan. mcm mana agaknya keadaan ayah. Lepas mkn kami ke surau untuk solat. Kemudian kami duduk di ruang menunggu luar ICU. Bertanya pada nurse adakah ayah sudah siap dibedah. Nurse jwb, blm lg. Diharap bersabar. sekiranya ayah telah selesai dibedah dan dimasukkan ke ICU, kami akan dipanggil.waktu itu dah hampir pukul 3 ptg. Akhirnya setelah lama menunggu, kami diberitahu yg ayah dah selamat dibedah pada pukul 4.30ptg. Alhamdulillah.. itu je yang mampu kami ucapkan pada ketika itu.. Kami dibenarkan masuk bergilir2 untuk melihat keadaan ayah..
Pada waktu itu ayah masih tidak sedar dan nurse tidak benarkan kami bercakap2 dgn ayah. Ayah nampak sgt lemah..

Ayah in ICU right after the operation. Balang 2 kat lantai tu smbung dengan saluran yg masuk ke perut ayah untuk keluarkan darah beku dan air yg keluar selepas operation.

Segala wayar2 ubat dan alat bantu untuk ayah selepas pembedahan itu..

Mak menyuruh Ira dan kak fina masuk dahulu kerana kak fina harus turun untuk mengasuh anak nya dilobby pula. Kami hanya dibenarkan masuk untuk tgk ayah sekejap je kerana itu bukan waktu melawat ICU. Waktu melawat ICU adalah pukul 6ptg-8mlm. Xde apa yg ira tahu mengenai keadaan ayah yg sebenar pada ketika itu kerana ira hanya melihat ayah tido akibat bius td dan nampak monitor yang menunjukkan tekanan darah ayah agak lemah dan ubat2 yg dicucuk terus ke salur dah. Mcm mana result operation masih blm ira ketahui. Kami keluar, kemudian, B dan mak masuk.  Kebetulan, waktu mereka masuk ada doktor Alwi, doktor yang membedah ayah. Dia tanya my b, adakah my b tu anak ayah. then my b angguk. Doktor tepuk bahu my b dan berkata yang ayah sgt lemah.Waktu operation td pun dia terpaksa stop sekejap kerana tekanan darah ayah turun. Dan tekanan darah yang kami lihat skrg ni pun hanya dengan bantuan blow pam untuk jantung ayah dan ubat2 yang dicucuk terus ke salur darah ayah. Doktor beritahu yang dia akan monitor keadaan ayah dan menggunakan blow pam ini sehingga 24jam, dan akan tanggalkan blow pam itu dan mahu melihat prestasi ayah sendiri, adakah ayah mampu bertahan atau pun tidak, sekiranya tidak, doktor akan pasangkan balik blow pam itu dan monitor keadaan ayah sehingga 48 jam. Kalau masih tiada perubahan, doktor akan tanggalkan kembali blow pam itu dan berserah pada ALLAH sahaja. Bayangkan la perasaan mak ketika itu... Hanya ALLAH yang tahu..
Pada waktu itu, ira belum tahu lg mengenai hal ini. sehinggalah di coffee house, waktu minum ptg, mak bgtahu ira dan kak fina. Masa ni mak menangis dihadapan kami. Ya ALLAH, luluh hati ni tgk mak menangis ketika itu. Xde apa yang boleh diucapkan selain dari berkata sabar mak, byk kan berdoa.. Kita kena kuat, bg semangat kat ayah. InshaALLAH x de apa yang akan berlaku. Then ira ajak mak ke surau untuk solat magrib, then kami solat hajat sama2. Mohon ALLAH terus kuatkan semangat ayah, selamatkan ayah, sembuhkan ayah. Alhamdulillah, mak kelihatan sedikit tenang. Kami pulang kerumah, mkn mlm dan terus membincangkan tentang ayah. Kami pikir apa yang harus kami buat ketika itu selain berdoa ALLAH panjangkan usia ayah. My b buat keputusan untuk beritahu keadaan ayah pada abang sulungnya. waktu itu, abg fahir masih di kedah. Dan merancang untuk datang pada hari khamis mlm. Kebetulan, keadaan Abg Fahir pada ketika itu tidak mengizinkan kerana dia sendiri baru 2 minggu menjalani pembedahan buang apendik. Dan adik2 yang lain, Farid, Siti dan Fahirah akan dtg menaiki kerete Abg fahir juga. Pada waktu ini, kami hanya pikir mahu anak2 ayah berada dekat dgn ayah. Sekiranya apa2 berlaku, xada yang menyesal. Tp dalam masa yang kami x mahu mereka tergesa2, risau sesuatu yang tidak diingini terjadi. Mlm itu, lepas sohat hajat dan baca yasin, kami tido dengan hati yang resah.

19Januari (Khamis)- The day after operation.

Awal2 pagi ira dan fuad dh kuar kerana ira da temujanji dgn klinik O&G di hospital selayang.
selepas menunggu giliran, dan berjumpa doktor. Kami ke sunway untuk menjemput ibu dan abah. Kemudian, kami terus ke IJN.
Mak, abg fuzi, kak fina dan Fatini pergi ke IJN pukul 10pg. Waktu melawat untuk ICU pada tghari adalah pukul 12.30tghari -1.30 tghari. Mmg tidak dibenarkan sesiapa menunggu pesakit di ICU. Setiap pesakit akan dijaga oleh seorg nurse secara individu. 
Tepat 12.30 tghari kami dibenarkan masuk. My b dan abah masuk dulu, kerana hanya 2 org saje dibenarkan masuk pada satu masa. mereka keluar dgn membawa berita gembira. Alhamdulillah, ayah dah sedar. Ayah mintak mak masuk untuk menyuapkannya mkn. kerana ayah tidak boleh bangun lg. Alhamdulillah Ya ALLAH.. Ayah nampak better dari semalam walau pun segala ubat2 dan alat2 bantu masih melekat dibadan. Kami masuk lg kedalam secara bergilir2 sehingga habis waktu melawat untuk tghari itu.
Kelihatan wajah emak sedikit lega berbanding semalam. Kemudian kami menuju ke cafe untuk mkn tgh hari beramai2. Lepas mkn, kami naik ke tingkat 7 IJN untuk solat.
Selepas solat, mak, kak fina dan abg fuzi duduk di lobby untuk menunggu waktu lawatan ICU yang seterusnya pukul 6ptg. sementara, ira dan my b ke LCCT utuk hantar ibu dan abah balik ke Kelantan. 
Lepas antar ibu dan abah, kami patah balik ke IJN. smpai di IJN pukul 5.30ptg. rehat jap, pukul 6ptg. kami gilir2 lg masuk melawat ayah di ICU. Abis waktu melawat, kami pulang kerumah utk berehat. Setibanya dirumah bukak laptop smbung buat laporan tahunan untuk kerje dan send ke officemate ira, muiz. Mintak dia ganti ira untuk meeting esok sbb ira nk amik EL. Badan dah mula terasa penat. Tp kami harus kuat. Dlm pukul 3pg, ira terjaga dari tido, sbb dgr bising kt ruang tamu rumah. Tahu la ira yang adik beradik my b yang lain dah sampai. Ira bangun dan amikkan tilam untuk mereka, then sambung tido balik.

20Januari (Jumaat)- 2nd Day after operation.

Bangun pagi2, buat brakfast, mkn then bersiap ke IJN lagi. pg ni my b dah kena gi kerja, ira amik EL. bwk Mak, siti dan Fahirah ke IJN. Mak mmg pg2 dh siap2 nk gi IJN. walaupun tahu waktu melawat hanya lah pada pukul 12.30thari-1.30tghhari. Hati emak di sana, bagaimana mak boleh tenang dirumah. Jadi lepas kami siap, kami terus ke sana dulu. Abg fahir, Farid, Kak Lidya dan aidil gerak kemudian. setibanya di IJN kami lepak di cafe dulu, minum2 sementara menunggu pukul 12.30tghari. Hari ni hari pertama untuk Abg Fahir, Kak lidya, Siti dan Fahirah untuk jumpa ayah lepas ayah operation. Alhamdulillah, Allah masih beli kesempatan kepada kami untuk jumpa ayah lg, walaupun pada mulanya keadaan ayah amat membimbangkan.
Pukul 12.30 tgh hari kami masuk tgk ayah secara bergilir2 lg. ayah masih belum boleh bgn duduk sbb ada 2 tiub dimasukkan dlm bdn ayah. 1 tiub untuk kuarkan darah2 beku yg kuar masa operation dan 1 ld tiub yg kuarkan air . So, untuk mkn, mmg ayah memerlukan bantuan. waktu ini, adik2 siti dan fahirah cuba untuk suapkan ayah, tp ayah menolaknya dgn lembut dgn memberitahu, xpe, kejap lagi waktu mak masuk, mak akan suapkan ayah. :) how sweet kan.. ayah still nk emak yang suapkan ayah waktu tu..
waktu kami tgk ayah hari tu, tkanan darah ayah dah mula naik sedikit ke 80%. Tp ayah still ber blow pam dan ubat2 masih disalurkan. tp, hari ni ayah dah  mula byk bercakap dari hari sebelumnya. ayah bgtau yg dia pahit mulut dan nak minum air oren. jd, kami sediakan air oren utk ayah dan menunggu waktu melawat seterusnya pada pukul 6ptg. Lepas habis waktu melawat kami pulang kerumah untuk berehat.

21Januari (Sabtu)- 3rd day after operation

Harini, ira ngn fuad ke hospital lewat skit sbb kami ke tesco dulu. barang2 dapur dh byk abis. Jadi mak ke IJN dgn abg fahir, farid dan siti. Abg fuzi akan pegi IJN ptg dgn Kak Fina dan Kak lidya, sbb kesian kat kak fiana dan kak lidya kena jaga anak2 kat lobi IJN lama2. Ira, fuad dan Fahirah ke tesco untuk membeli brg2 dapur. Lepas settle beli barang dapur dan hantar ke rumah, kami terus ke IJN. sempat melawat ayah sekejap untuk tgh hari. Alhamdulillah, keadaan ayah semakin pulih.
2 saluran tiub yg dimasukkan kebadan ayah dah ditanggalkan. ayah dah boleh duduk.
dengan bantuan nurse yg menekan paramount bed itu. dah lenguh baring, kata ayah. 

Nampak x bekas jahitan di dada ayah tu? dua kali ganda panjang ada di betis belah kiri ayah. dbb doktor ambik urat dari betis belah kiri ayah untuk buat bypass ke jantung ayah itu. tiub yg tercucuk di leher itu la saluran ubat yang disalurkan terus ke badan ayah. . Kalau kita duduk dlm ICU ni, kita rasa sejuk giler ICU ni. tp ayah x rasa sejuk sgt. sbb kesan ubat yg masuk ke badan ayah itu. plaster kt atas perut tu pula yang cover lubang perut yang doktor masukkan tiub untuk keluarkan darah dan air selepas operation tu.


tengah hari itu, anak sedara ayah dari putrajaya, Kak lang ada dtg melawat dgn anak2 dan suaminya. Terima kasih diucapkan pada kak lang sekeluarga yang sentiasa memberi semangat kepada kami semua.


Selepas waktu melawat tghari, kami lepak dilobi lagi sementara menunggu waktu melawat petang pula.
Fatini dan Aidil yang seronok bermain di IJN

Pada waktu lawatan petang kami diberitahu yang doktor akan tanggalkan blow pam ayah. dan akan monitor keadaan ayah sehingga 24jam. Alhamdulillah, semuanya menunjukkan positif. Sekarang hanya tinggal ubat2 yang dicucuk terus untu kestabilan tekanan darah dan kekuatan jantung ayah.Apa2 pun, keadaan ayah dah semakin positif. kami pulang kerumah dengan perasaan yang lega hari ni.


22Januari (Ahad)- 4th day after operation

Seperti biasa, lepas sarapan, kami ke IJN untuk melawat ayah. Hari ini ayah hanya dicucuk 2 ubat sahaja lg. itu pun hanya dgn dos yang rendah. Nurse beritahu yang ayah akan dikeluarkan dari ICU kerana ada patient yang baru masuk dan memerlukan tempat. AYah akan di pincahkan ke wad HDU (High Dependency Unit). sementara waktu sehingga benar2 stabil. Maka, pd waktu melawat ptg, kami dah melawat ayah dia ruangan yang baru iaitu di wad HDU. Alhamdulillah, ayah semakin membaik. ayah dah boleh mkn sendiri.dah boleh duduk di kerusi. 

Ayah di HDU 

Mak menyuap mkanan minum ptg

Kasih syg seorg isteri
Seperti biasa, kami pulang selepas habis waktu melawat. pada pukul 8mlm.

23Januari (Isnin)- 5th day after operation

Hari ni, ira dan fuad x dpt melawat ayah pada sesi lawatan tghhari kerana kami terpaksa hadir ke jengka. My b ada sesi photoshoot untuk majlis pertunangan officemate ira. deal ni dah dibuat sebelum dpt tahu tarikh operation ayah dan duit deposit juga dah dpt. jadi, kami terpaksa pergi juga je Jengka untuk menjalankan tugas kami. Kami bertolak ke jengka dari Kl pada pukul 5.30 pg. tiba di temerloh pukul 6.30 pg, solat subuh dan terus ke felda 17 jengka. semebum ke rumah pengantin, kami singgah breakfast dulu di kedai berhampiran. Selepas siap mkn, kami terus ke rumah pengantin (gee) majlis bermula pukul 10.30 pagi. setelah membantu apa yang patut, my b menjalankan tugas part time nya sbgai photographer sehingga majlis selesai pada pukul 1tghari. Selepas siap mkn di rumah pengantin, kami bergegas pulang ke KL. terus ke IJN. sebelum smpai IJN, kami singgah untuk membeli pisang goreng depan HKL.
Setibanya di IJN, Kami diberitahu mak yang ayah dah dipindah kan ke wad biasa di tingkat 3. Alhamdulillah. satu berita yang baik. Bermakna, mulai mlm ini, salah seorg anak dah boleh menunggu ayah di wad. 




After decided, farid a.k.a abg chik yg teman ayah mlm tu. sbb esok pg dia dh nk balik kedah. Kena kerje.

24Januari (Selasa)-6th day after operation

Hari ni kami gerak ke IJN lewat sikit sbb my B kepenatan semalam outstation ke Jengka untuk photoshoot. So, mak ke IJN dulu pagi dgn abg fahir, Abg Chik, Siti, Fahirah dan Abg fuzi. Ira, pg2 dah ke Hospital selayang utuk checkup lg. skrg ira on clomid cycle 1. jd, doktor2 tgh monitor perkembangan telur di ovari ira. once it ready , doktor akan cucuk untuk lepaskan telur dan ready untuk bersenyawa. begilah seterusnya sehingga berjaya. Walau mcm mana sibuk pun, usaha untuk hamil masih diteruskan. inshaALLAH. 
lepas balik dari Hospital, ira kemas rumah dan bantu kak fina masak2. My b, bgn tido, bersih kipas, ruang tamu and dlm bilik, repair paip bocor. then kitorg siap2 nk gi IJN. tp sblm tu, kami bwk kak fina dan fatini ke klinik dulu. Fatini selsema. Sian dia. lepas hantar kak fina balik rumah, kami ke IJN. untuk wad tingkat 3 ni, waktu lawatan bermula pada pukul 4.30 ptg. Jadi kami lepak lama skit dgn ayah. Kami bwk pisang goreng. tp ayah mkn sikit je, sbb masih dlm pantang. Mak mcm x sihat. X sedap badan sebab setiap hari dok dlm aircond kt IJN ni. Dh selsema. Kami bertolak balik rumah awal skit dari biasanya. memandangkan keadaan ayah makin stabil, jd kami senang hati skit. Mlm tu, abg fuzi yang teman ayah di wad. 

25Januari (Rabu)-7th day after operation

Hari ni dah start kerje balik after looong leave.Hari ni pagi2, lepas siap2 gi kerje and brakfast, ira hantar mak, siti dan fahirah ke IJN dulu. Then abg fuzi balik rehat dirumah. lepas waktu kerje ira ke IJN balik tgk ayah. harini ayah dah x pakai alat monitor tekanan darah dan jantung. ayah dah boleh berjalan ke bilik air sendiri. Tp darah ayah sedikit pekat, dan ini agak membimbangkan. Kaki ayah juga agak bengkak. Nurse kata, kaki bengkak tu normal untuk lepas operation sbb ambik urat kaki untuk buat bypass hari tu. ayah dh pantang mkn, dh x minum air oren. just minum air masak dan air yang disediakan sahaja.
lepas abis visiting hour, dan abg fuzi pun sampai untuk teman ayah mlm tu kami pulang kerumah utuk berehat.

26Januari (Khamis)-8th day after operation

Hari ni, ira kena gi Hospital selayang lagi untuk checkup. sebelum gi checkup, ira gi hantar Mak, Siti and Fahirah ke IJN dulu. Harini siti akan balik ke Politeknik Arau. Naik bas dari Jalan Duta pukul 1.30 tghari. Abg fuzi yang hantar. Lepas checkup kt hospital selayang, ira dapat MC dan balik berehat dirumah. petang pukul 5, ira bwk kak fina , amik fuad kt ofis dan menuju ke IJN untuk melawat ayah. Alhamdullillah, ayah dah boleh ke wad biasa. Wad ni sama mcm wad mula2 ayah admit dulu. VIP suite. Lebih selesa dan family boleh stay dlm bilik x kira waktu. Kami stay smpai abis waktu lawatan dan pulang ke rumah.

27Januari (Jumaat)-9th day after operation

Hari ni ira kerje. Tp seperti biasa sebelum pegi kerje, ira antar Mak dan Fahirah ke IJN untuk melawat ayah. Sampai ofis kerje mcm biasa. tp byk task2 tertangguh sbb cuti lama sblm ni. Tiba2 dpt msg dari fahirah yang ayah dah boleh balik rumah. ALhamdulillah... TP ptg skit baru dibenarkan. Jadi lepas office hour, ira bergegas ke IJN. Dlm pada nk cepat tu la jalan jem giler. Hujan pula tgh lebat, jd pukul 6.15 ptg baru smpai ke IJN. ayah dah tunggu di lobby. Nampak sgt ayah dh x sabar nk balik. mesti ayah dh boring duduk IJN lama2. Termasuk hari ni 12 hari ayah stay kat IJN. 

Ayah berdiri di lobby sementara tunggu ira sampai. x larat duduk dah katanya.

Smpai di rumah, risau mcm mana ayah nk naik atas. rumah kami dh la tingkat 4. sian ayah. My b amik kerusi roda dan plan nk angkat ayah naik. Tp ayah kata x perlu. kat IJN dia dh disuruh nurse exercise jalan, turun dan naik tangga. tp pasti la xsampai 4 tingkat kan. jadi, may b follow je blakang, ayah naik plan2. akhirnya ayah smpai umah kami juga. ayah x nampak penat pun naik tangga. ayah kata, dia slow sbb kaki bengkak je. dada x rasa senak. Alhamdulillah.. mudah2 han semuanya ok. lepas mkn dh rehat, kami tido.

 28Januari (Sabtu)-10th day after operation

Hari ni ayah kata kena gi cucu jahitan dikaki. so, kami keluar pagi2 lepas breakfast. mula2 kami singgah jalan duta untuk hantar fahirah naik bas balik rumah abg fahir. sbb esok dia dh kena masuk skolah balik.
tahun ni fahirah amik SPM. lepas antar fahirah, kami terus ke Emergency department IJN untuk cuci kaki ayah. kalau hari biasa, perkara ni boleh di buat di unit pesakit luar. tp memandangkan hari sabtu,jadi kami ke emergency department. Lepas dah settle, kami ke Kg Baru sbb mak nk check kencing manis.Alhamdulillah, kencing manis mak pun dah turun dengan bacaan gula dalam darah 5.6. Mak beli tambahan ubat minyak habatusauda kt kedai jamu kt kg baru tu. Mak kata nampak hasil lepas mkn minyak tu. kencing manis pun turun. Dengan izin ALLAH. Alhamdulillah. Then kami balik rumah.

 29Januari (Ahad)-11th day after operation

Aktiviti mcm biasa sahaja. duduk rumah, mkn minum. ayah exercise. Tp abg fuzi, Kak fina dan fatini nk balik dah harini. terus terasa sunyi sgt rumah x de fatini yg bijak tu.. :(
tengah hari, ira dan my b ke Port Klang, menghadiri wedding ex-officemate ira, rin.
Mak tinggal dengan ayah kt rumah jap. Pukul 5 kitorg smpai rumah bwk balik goreng pisang mak pesan :)




Pjg gilerrrr kan... tp itu la full story nye.. sorry kalau ada typing error. 


Thursday, January 12, 2012

After two month delay~

Assalamualaikum..

[diari TTC]

Akhirnya setelah 2bln 12hari , akhirnya cik P dtg berkunjung hari ni..
walaupun sedih sbb blm ada sikecil dlm rahim ku, Alhamdulillah sekurang2 nya kitaran haid ira bermula lagi.
dan ira dh boleh mkn clomid bermula esok. Nk kena call Hospital selayang set appoinment sbb kena scan telur pada hari ke 8/9 CD.

Setelah sekian lama cik P x dtg adakah kali ini cik P dtg sbb dipanggil oleh jamu mak dara yang ira telah mkn hampir 2 minggu??

kalau ye, Alhamdulillah...
xsia2 mencuba jamu mak dara.
Apa2 pun x leh berpuas hati terlalu cepat, kena tunggu next cycle pulak..
or may be, ada berita gembira sempena Ulang tahun perkahwinan kami yg pertama nanti..
Hmmmm.. kena gigih berusaha ni.. :) :) :)

 B....... :)


p/s:: Perut rasa x selesa  T________T


Monday, January 9, 2012

2 months Delay ~ JAMU MAK DARA

Assalamualaikum semua..

Dah lama x update. Mmg agak bz kebelakangan ini. Tp sentiasa memikirkan masalah yg satu ni..
usaha ke arah kehamilan.. 
harini dh 9.1.2012 tp cik P masih belum kunjung tiba.
last cik P datang adalah 1.11.2011.
meaning that dh 2 bln delay. xde sebarang tanda2 pun yg cik P akan dtg..
TENSION !!!
what to do ??
last time jumpa doktor, doktor dah x bg duphaston. doktor hanya bagi clomid. tu pun kena mkn after 2days cik P dtg.
so smpai skrg still delay nk mkn clomid tu.


setelah di fikir2 akhirnya ira try untuk mkn 1 jamu ni. mesti semua org pernah dgr. JAMU MAK DARA.
dah hampir seminggu mkn jamu ni. apa yg ira nampak skrg, badan sentiasa panas, maybe sbb kesan mkn jamu. and byk angin kuar. heheheh. bagus jugak tu, xde la asyik kembung perut. Sbb sebelum ni ira mmg jenis susah nk kuarkan angin.. smpai sakit2 kepala.

ok meh nk share sikit pasal Jamu mak dara yg ira baca dari website dia. 


ada dua jenis, serbuk dan kapsul.
ira mkn yg kapsul :)


Antara khasiat produk Jamu Mak Dara Gold ialah:-
1. Menyuburkan rahim
Tubuh setiap wanita berbeza mengikut individu. Perbezaan ini memerlukan setiap wanita memiliki sistem peranakan yang sihat dan subur, agar kitaran hormon berfungsi dengan lebih lancar. Ia juga memerlukan formulasi khas untuk mengekalkan keseimbangan nya.

2. Mengatasi masalah keputihan
Setiap 1 dari 3 wanita pasti mengalami masalah keputihan tidak kira status bujang atau yang sudah berkahwin. Masalah ini terjadi kesan dari pemakanan dan juga persekitaran wanita itu. Faraj yang sihat memerlukan penjagaan sempurna luar dan dalam.

3. Merapatkan faraj
Wanita sudah berkahwin dan melahirkan, akan mendapati fenomena otot faraj yang longgar sebagai suatu masalah. Bahan-bahan seperti akar serapat dapat membantu mengembalikan ketegangan otot faraj agar dapat merapatkan kembali faraj bermasalah.

4. Menambah nafsu syahwat
Libido rendah atau kurang syahwat merupakan penghalang terbesar bagi mereka yang sudah melahirkan untuk menjalin hubungan intim bersama pasangan. Rangsangan diperlukan dari dalam minda dan luar bagi mengatasi masalah ini.

5. Memberi Tenaga 
Kecergasan tubuh wanita menggalakkan kecerdasan minda. Wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri dan bagi mereka yang berkerjaya amat memerlukan tenaga untuk melakukan tugas harian.

6. Membuang toksik dalam badan
Pemakanan seharian, pencemaran alam sekitar dan ketegangan dapat meningkatkan kuantiti toksik dalam sistem tubuh. Proses menyingkirkan toksik amat penting bagi mengelakkan keracunan organ dalaman tubuh, mengurangkan masalah bau badan dan faraj serta melancarkan perjalanan darah.

7. Memperbaiki sistem kitaran haid
Kitaran haid yang teratur adalah penting untuk memastikan keseimbangan hormon Estrogen. Pelbagai kesan akan timbul sekiranya kitaran haid tidak teratur seperti pertambahan berat badan, sukar mendapat kan cahaya mata dan lain-lain.

8. Membakar lemak berlebihan
Lemak berlebihan menyebabkan pertambahan berat badan. Pembakaran lemak berlebihan menggalakkan penurunan berat badan, dapat mengekalkan barat badan yang ideal dan memperkemaskan penampilan.

9. Membuang angin
Angin terhasil daripada pemakanan yang ti- dak seimbang dan pendedahan pada persekitaran yang kurang sihat. Pembuangan angin berlebihan dapat mengurangkan masalah ketidakselesaan badan.

10. Mengurangkan masalah bau badan
Masalah bau badan adalah normal bagi mereka yang berbadan besar dan sudah melahirkan. Pengamalan pemakanan tambahan dan diet seimbang dapat membantu mengurangkan masalah bau badan.

11. Mengatasi masalah kemaluan berbau
Pengurangan toksik dalam badan sekaligus dapat mengurangkan masalah bau badan dan masalah kemaluan berbau.

12. Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang
Kesakitan di bahagian pinggang merupakan kesan langsung dari gaya hidup aktif dan penggunaan otot pinggang secara eksesif.

13. Mengurangkan masalah lemah tubuh badan terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin
Ibu-ibu selepas melahirkan selalunya mengalami masalah lemah tubuh badan. Pemakanan tambahan yang serasi dapat membantu mengurangkan masalah lemah tubuh badan.


Ada byk khasiat dlm jamu mak dara ni.. tp kita kena konsistens la mkn kan.. apa2 pun kita hanya berikhtiar, ALLAH yg menentukan segalanya.