Daisypath Anniversary tickers

WwooowW

Wednesday, February 8, 2012

TTC update and Weekend at melaka

Assalamualaikum semua..
[diari TTC]

Nampaknya, bulan ni, cik P mmg dah x sabar nk jumpa ngn ira.
kalau bulan lepas 12January baru dia dtg (tu pun lepas 2 bln x dtg), bulan ni 4 february lg dia dh muncul...
amboiiii2.. bkn main lg ye..
tp x pe, ira tetap happy. rezeki baby blm ada lg.. 

cuti 4 hari, 2 hari kt melaka, 2 hari kt KL.
kami ke melaka sbtu pg sbb B dah janji ngn nuaq (kawan kami since diploma) untuk gi wedding cousin dia untuk jadi side kick photographer.
Tp sebelum ke rumah pengantin, B dah buat janji temu dengan Kak Linda. 
kami jumpa kak linda kt R n R seremban. Kak linda saje je nk gi jenjalan melaka dengan anak dan cousin nya.
then after lepak jap minum2, kami gerak gi melaka.
parking kt datahan pahlawan then jalan kaki...


kami minum cendol and mkn goreng pisang kt depan bangunan merah yg ada menara jam tu. x tau apa nama dia. hehehehe
tp mmg best !!

kt seberang jalan belah kanan ira tu la kedai cendolnya.. ramai org minum2 kt situ.

then kami jalan2 lg, terus ke jonker walk... kat sini mmg rama Chinese la kan.. majoriti rasanya..
saje je la kami jalan2.. xde rasa nk beli apa2 pun..

then lepas dh penat, kami terus ke rumah pengantin. kak linda cari hotel untuk menginap.

Di rumah family pengantin, kami sempat mendgr org kg baca yassin, marhaban pada mlm hari nya. kemudian ada jamuan mkn mlm pula.. semua nya SEDAP...

esoknya, kenduri sambut menantu [kenduri umah pengantin lelaki] . sementara menunggu my b buat kerje part time dia tu, ira lepak2 je kt dlm umah pengantin.. ada air cond.. hehehe. kat luar panas..

pukul 6 kami ke bandar hilir melaka lak.. ada outdoor photoshoot. mmg sgt penat, tp best..

lepas settle semua kerje, kami terus shoot balik KL.
mula2 mmg plan nk tido sana je, cari hotel ke.. tp pikir mcm x berbaloi je, dh la ira tgh bendera merah :p  terus x jd.

sampai rumah dalam pukul 12 mlm.. 

sgt penat smpai tido 2 hari x bgn.. hehehe.. tipu la tu kan.. bgn, tp x kuar gi mana pun. lepak umah je, layan movie, tv dan novel. ahhhh heaven nye x kerje kan...


hari ni dh strat keje.. nangisss T__________T



notakaki: kepada para pembaca, untuk pengetahuan semua, suami ira ada buat bisnes photography.
Jika ada yang berminat untuk mengupah jurugambar untuk event2 tertentu seperti (birthday, wedding,engagement, private party, kenduri, outdoor photoshoot, prewedding, post wedding dan lain2 lagi) bolehla menghubungi kami di 013-2089836 atau emailkan kepada adirapictures@gmail.com
harga boleh dirunding.. sticky album and custome album juga kami boleh produce dgn kualiti yang bagus.
untuk melihat gambar2 yang telah diambil untuk customer terdahulu, boleh pergi ke blog http://adiratouches.blogspot.com/. TQ :)

No comments: