WwooowW

Monday, September 24, 2012

After 3 months without update :)

Assalamualaikum semua...

lama btul ira x update kan?
Last post 21st JUNE. today dah 24th August.
3 months already right.

Sebenarnya sgt busy akhir2 ni.. dgn work load, dengan pindah rumah.. dan mcm2 lg..

Ok. Jom ira citer satu persatu sepanjang ira x update ni.. lepas last update yg ira start clomid 150mg tu, ira dpt ovulasi pada awal julai. masa tu, ada 2 ovum yg keluar. sgt excited. kot2 la nk dpt baby twin kan.. tp nampak nya bulan tu x de rezeki kami..

ira still period on 15th july .
then kita start puasa kan..
bulan puasa tu, ira dh x amik clomid sbb treatment kt hospital selayang dihentikan buat seketika.
so, just mkn metformin and asid folic mcm biasa je..

puasa mcm tahun2 yg lepas, cuma tahun ni kitorg kurang mkn nasi. just mkn protein je..
saje tukar selera.. alhamdulillah byk gak dpt turun bulan puasa aritu.. tp, raya dh naik balik. hehehe.

owh ye.. bulan puasa tu, ira puasa penuh sebulan tau.. tunggu jugak mana cik P ni x dtg2.. tp mls nk pikir sgt.. balik beraya dgn gembira..

Lepas 10 hari cuti raya balik KL dan kerje mcm biasa. masa 1st day kerje tu, on monday balik kerje je hubby suh buat UPT. Kebetulan ada la 1 tester tu kt umah.

then ira pun buat je la.. 

monday, 27th August 2012. 6.30pm

and the result is 

<positif > :)

Alhamdulillah..Masa tu rasa mcm x percaya sgt..
ye la, sepanjang 1thn stgh perkahwinan ni. dah berbelas kali test UPT. x pernah pun naik positif tu..
Hubby lak dok gelak je x brenti..
sgt bersyukur + berdebar..

esok nya terus call hospital selayang untuk maklum kan dan buat appointment.
Diorg suh dtg after 2 weeks test UPT iaitu pada 11 Septermber 2012.

Masa tu pergi dan scan baby dah 6 minggu ++
Heart beat pun dh nampak..

Esok adalah second appointment dgn hospital selayang.. kena scan lg, untuk dptkan EDD. haritu blm boleh nampak sbb baby kecik lg..


**Flash back**

Masa mula2 tahu pregnant tu, agak was2 la sbb x jumpa doktor lg kan, nk tunggu jumpa kt hospital selayang mcm lama sgt. so kitorg gi je la kat klinik panel biasa. then masa tu scan x nampak sgt. ye la, kt klinik biasa doktor pakai scan dr perut je. ira kan retroverted uterus. mmg susah nk nampak. then buat UPT je skali lg untuk tgk. then nampak positif jugak. Alhamdulillah. Double confirm.

Then balik umah and berhati2 dlm nk buat apa2 pun. takut la perkara x diingini berlaku.
on 31 August tu family hubby dtg dari kedah sbb 1 september sepupu hubby nikah kt saujana utama.
Time tu umah kitorg dah x terurus sbb dh packing2 nk pindah on 3 September.  Alhamdulillah, diorg semua paham.
So, on 1 Septembet tu pagi2 kitorg dah siap and pergi Saujana utama untuk tgk majlis pernikahan sepupu hubby tu. Lepas tu lepak2 jap then ke Golf Club area situ untuk diorg nye reception. 
So dlm pukul 3 baru settle semua.
Lepas dh settle tu, kitorg bagi kunci umah kt family my hubby suh diorg balik rehat dulu. then kitorg gi pekan rawang jap untuk cari barang2 nk pindah rumah baru.  Antaranya kabinet dapur, sbb umah tu agak kosong. then gi tesco beli barang2 kelengkapan skit.

masa kt tesco tu ira dh rasa x sedap perut dah.. Rasa sengal2 and ngilu je kt perut belah kiri.
settle beli barang terus ajak hubby balik.. nk baring ..

Setibanya di rumah, ira gi toilet tgk2 ada lendir color pink kt panty liner masa tu.. sgt cuak la kan..
terus bgtau hubby. Hubby suh rehat dulu..
Ira rehat and baring je kt katil, tp risau sgt. terus call ibu bgtau. Ibu terus suh gi klinik or hospital.
takut apa2 jd..

then kitorg siap2 terus gi Klinik Medina kt Gombak tu (1st time). Memandangkan hari tu adalah hari sabtu.
Sampai kt Medina, ramai la pulak org nye, petugas kt situ suh ira rehat kt katil. ira pun baring je la kt situ, hubby setia menunggu.

Kitorg sampai dari pukul 6.30ptg sampai kul 9.30mlm baru dpt jumpa doktor. Nasib baik la klinik ni lengkap dgn katil toilet, surau, katil untuk rehat, tv. kalau x jenuh jugak nk tunggu.

apa2 pun penantian tu berbaloi, masuk jumpa doktor dia terus scan. Kt Medina ni canggih sbb scanner dia 4D. so mmg jelas. Dia kata ira baru 4weeks++. so mmg sgt kecik dan kena hati2 lg.

dia amik darah untuk confirmkan kehamilan. waktu tu hormon HCG dlm 700++
selang 2 hari dia mintak dtg lg dan amik darah lg. Dan HCG ira dah 1200++.

Jd, mengikut ujian darah ira positif hamil.
tp masa tu, heart beat baby blm nampak sbb baru 4weeks kan..

Apa2 pun alhamdulillah, dh x kuar spot pinky kt pantiliner. Alhamdulillah sbb dh nampak heart beat baby masa scan kt hospital and alhamdulillah atas semua yg ALLAH telah kurniakan. 
Sesungguhnya ALLAH tahu apa yg terbaik untuk kita.


Mom-to-be,

4 comments:

Salmi Khairil said...

seronoknyer..tahniah & take care

iRa said...

tQ salmi :)

~ iza ~ said...

*silent reader*
alhamdulillah..tahniah ira..take a good care.. ;)

iRa said...

tQ iza..
inshaALLAH..