Daisypath Anniversary tickers

WwooowW

Monday, January 9, 2012

2 months Delay ~ JAMU MAK DARA

Assalamualaikum semua..

Dah lama x update. Mmg agak bz kebelakangan ini. Tp sentiasa memikirkan masalah yg satu ni..
usaha ke arah kehamilan.. 
harini dh 9.1.2012 tp cik P masih belum kunjung tiba.
last cik P datang adalah 1.11.2011.
meaning that dh 2 bln delay. xde sebarang tanda2 pun yg cik P akan dtg..
TENSION !!!
what to do ??
last time jumpa doktor, doktor dah x bg duphaston. doktor hanya bagi clomid. tu pun kena mkn after 2days cik P dtg.
so smpai skrg still delay nk mkn clomid tu.


setelah di fikir2 akhirnya ira try untuk mkn 1 jamu ni. mesti semua org pernah dgr. JAMU MAK DARA.
dah hampir seminggu mkn jamu ni. apa yg ira nampak skrg, badan sentiasa panas, maybe sbb kesan mkn jamu. and byk angin kuar. heheheh. bagus jugak tu, xde la asyik kembung perut. Sbb sebelum ni ira mmg jenis susah nk kuarkan angin.. smpai sakit2 kepala.

ok meh nk share sikit pasal Jamu mak dara yg ira baca dari website dia. 


ada dua jenis, serbuk dan kapsul.
ira mkn yg kapsul :)


Antara khasiat produk Jamu Mak Dara Gold ialah:-
1. Menyuburkan rahim
Tubuh setiap wanita berbeza mengikut individu. Perbezaan ini memerlukan setiap wanita memiliki sistem peranakan yang sihat dan subur, agar kitaran hormon berfungsi dengan lebih lancar. Ia juga memerlukan formulasi khas untuk mengekalkan keseimbangan nya.

2. Mengatasi masalah keputihan
Setiap 1 dari 3 wanita pasti mengalami masalah keputihan tidak kira status bujang atau yang sudah berkahwin. Masalah ini terjadi kesan dari pemakanan dan juga persekitaran wanita itu. Faraj yang sihat memerlukan penjagaan sempurna luar dan dalam.

3. Merapatkan faraj
Wanita sudah berkahwin dan melahirkan, akan mendapati fenomena otot faraj yang longgar sebagai suatu masalah. Bahan-bahan seperti akar serapat dapat membantu mengembalikan ketegangan otot faraj agar dapat merapatkan kembali faraj bermasalah.

4. Menambah nafsu syahwat
Libido rendah atau kurang syahwat merupakan penghalang terbesar bagi mereka yang sudah melahirkan untuk menjalin hubungan intim bersama pasangan. Rangsangan diperlukan dari dalam minda dan luar bagi mengatasi masalah ini.

5. Memberi Tenaga 
Kecergasan tubuh wanita menggalakkan kecerdasan minda. Wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri dan bagi mereka yang berkerjaya amat memerlukan tenaga untuk melakukan tugas harian.

6. Membuang toksik dalam badan
Pemakanan seharian, pencemaran alam sekitar dan ketegangan dapat meningkatkan kuantiti toksik dalam sistem tubuh. Proses menyingkirkan toksik amat penting bagi mengelakkan keracunan organ dalaman tubuh, mengurangkan masalah bau badan dan faraj serta melancarkan perjalanan darah.

7. Memperbaiki sistem kitaran haid
Kitaran haid yang teratur adalah penting untuk memastikan keseimbangan hormon Estrogen. Pelbagai kesan akan timbul sekiranya kitaran haid tidak teratur seperti pertambahan berat badan, sukar mendapat kan cahaya mata dan lain-lain.

8. Membakar lemak berlebihan
Lemak berlebihan menyebabkan pertambahan berat badan. Pembakaran lemak berlebihan menggalakkan penurunan berat badan, dapat mengekalkan barat badan yang ideal dan memperkemaskan penampilan.

9. Membuang angin
Angin terhasil daripada pemakanan yang ti- dak seimbang dan pendedahan pada persekitaran yang kurang sihat. Pembuangan angin berlebihan dapat mengurangkan masalah ketidakselesaan badan.

10. Mengurangkan masalah bau badan
Masalah bau badan adalah normal bagi mereka yang berbadan besar dan sudah melahirkan. Pengamalan pemakanan tambahan dan diet seimbang dapat membantu mengurangkan masalah bau badan.

11. Mengatasi masalah kemaluan berbau
Pengurangan toksik dalam badan sekaligus dapat mengurangkan masalah bau badan dan masalah kemaluan berbau.

12. Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang
Kesakitan di bahagian pinggang merupakan kesan langsung dari gaya hidup aktif dan penggunaan otot pinggang secara eksesif.

13. Mengurangkan masalah lemah tubuh badan terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin
Ibu-ibu selepas melahirkan selalunya mengalami masalah lemah tubuh badan. Pemakanan tambahan yang serasi dapat membantu mengurangkan masalah lemah tubuh badan.


Ada byk khasiat dlm jamu mak dara ni.. tp kita kena konsistens la mkn kan.. apa2 pun kita hanya berikhtiar, ALLAH yg menentukan segalanya. 

No comments: