Daisypath Anniversary tickers

WwooowW

Tuesday, November 29, 2011

HSG and Second Appointment with O&G doctor.

Assalamualaikum semua..
[diari TTC]

lama betul x update blog ni.. sesungguh nya tersangat la bz...

seperti last update ira dh period pd 1st Nov yg lalu.
then, ira terus set appointment untuk buat HSG.

ira dpt tarikh appointment pada 14 November iaitu hari ke CD14. 
akhirnya setelah 2kali x jd buat HSG, kali ini ira berjaya melakukannya di Hospital Selayang.
temujanji pada pukul 8.00 pg.

tp selepas menunggu giliran dlm pukul 9.30 pg baru ira masuk dlm bilik x-ray tu.
Alhamdulillah semua yg kt dlm bilik tu semua nya perempuan. so, x de la malu sgt. huhuhu ;)

selepas berbaring atas katil untuk x-ray tu, 
doktor memeriksa my V, then dia masukkan alat untuk bukak ruang  masukkan tiub. Alat itu dr keluli.
ira rasa sakit sikit. Tp masih boleh tahan.

Then doktor masukkan tiub ke saluran V ira.
pada masa yg sama seorg lg doktor dh monitor gambarajah saluran peranakan di monitor XRAY.
then, doktor yg menjaga tiub diminta memasukkan cecair ke dalam tiub itu.

sementara doktor yg menjaga monitor melihat cecair itu mengalir ke rahim ira melalui monitor x-ray itu dan capture gambar2 yg perlu.
sewaktu cecair itu mengalir, perut ira terasa sedikit senak macam period pain. tp x de la sesakit time masukkan keluli untuk bukak saluran tu td. 

then doktor minta ira mengiring sedikit kekiri dan kekanan untuk melihat cecair itu mengair ke tiub filepio (betul ke eja ni).
Setelah beberapa gambar dicapture, proses HSG dah selesai.
doktor menyatakan yang semuanya normal, x de apa yg perlu dirisaukan.

then tiub yg telah dimasukkan td dikeluarkan. mmg terasa ditarik sesuatu keluar, tp xde la sakit pun.
ira bgn dari katil x-ray, doktor ckp mmg akan ada darah keluar sikit lepas proses ini. nasib baik ira dh bwk Pad (tuala wanita) before dtg hospital.
dan ternyata mmg ada darah yg keluar, bukan takat sikit je, tp setompok jugak la.
and sewaktu nk buang air pun agak pedih sbb luka. ira dpt MC untuk rawatan ini.


selang 2 hari kemudian, ira ke hospital selayang lagi sbb mmg ada temujanji dengan doktor selepas temujanji pertama pada bulan ogos lalu.
selepas temujanji pertama dulu, doktor yg merawat membekalkan ira dengan ubat duphaston untuk menstabilkan kitaran haid ira. mmg lepas mkn duphaston, ira dtg period setiap bulan, tp masih belum berjaya hamil.

Jd untuk temujanji kedua ini, doktor dh terangkan semua keadaan ira dan suami normal, kecuali telur dlm ovari ira pada ketika itu tidak cukup besar untuk disenyawakan. iaitu 16mm. telur yg matang adalah 18mm-21mm. then doktor bg ira clomid untuk ira mkn pada hari kedua-keenam pada cycle period yg seterusnya, dan ira kena dtg scan telur balik pada CD 7/CD 8.
Masa appointment tu juga, doktor ada buat ujian pap smear. keputusan nya akan diketahui pada next appoinment dgn doktor. hope everything will be fine.

so, skrg ni ira tgh tunggu je cik P dtg untuk ira mkn clomid pada CD2.

kalau bulan lepas cik P dh dtg pd 1 november. Pada bulan ini x tau la lg.
harap dlm sehari dua ni la.





2 comments:

Anonymous said...

apa pakaian pakai buat hsg?

iRa said...

kena pakai baju yg disediakan kt bilik x-ray. spender kena buka.
refer kt entrie ira yg ni. http://irafuad.blogspot.com/2011/10/hsg-101011-hampa.html